Majlis yang dimulai jam 8.30malam didahului dengan bacaan doa dan seterusnya makan malam. Kemudian aturcara diteruskan dengan ucapan oleh En.Azman.
Antara isi ucapan beliau ialah beliau berbesar hati kerana diberi peluang untuk berkhidmat dibumi Jakarta dan menasihati para pelajar supaya belajar dengan baik supaya dapat mencapai cita-cita dan beliau meminta maaf atas terlanjur kata, tersalah bahasa sepanjang perkhidmatan beliau.
Majlis diakhiri dengan penghargaan oleh PKPMI-CJ dan KUJ dan sesi fotografi bersama En.Azman.



No comments:
Post a Comment