
Para pelajar kemudiannya dibawa berkumpul di suatu ruang dewan milik Dr Goenawan yang bertempat di PuloMacan Raya, Tomang, Jakarta Barat. Setibanya pelajar di sana, mereka dihidangkan dengan santapan Indonesia mereka yang pertama iaitu hidangan nasi ala Sunda.
Turut serta di majlis tersebut adalah para pelajar senior masing-masing dari Univ. Trisakti dan UKRIDA yang senang hati menyambut kedatangan adik-adik baru mereka.
Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas oleh En Jazman sebagai wakil JPA di Indonesia. Dr Goenawan juga memberikan kata-kata aluan selain ucapan ringkas selamat datang oleh Pengerusi Kelab UMNO Jakarta, saudara Mohd Rizal dan saudara Nabieh selaku Yang dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Jakarta.
Para pelajar baru kemudiannya beramah mesra dengan abang-abang dan kakak-kakak senior mereka sebelum diiringi ke tempat tinggal masing-masing.
No comments:
Post a Comment