
Pada 3 Disember lalu, satu Majlis Makan Malam Perdana bersama Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diadakan di Hotel Ritz Carlton-Pacific Place, Jakarta. Kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta adalah dalam rangka Program Tan Sri Muhyiddin Charity Golf yang berlansung selama 1-5 Disember 2010 di Jakarta.
Seramai 250 orang pelajar dari beberapa universitas yang berada di sekitar Jakarta, perwakilan presiden dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN) di Indonesia, Badan Perhubungan Negara (BPN) serta rakyat Malaysia yang tinggal di Jakarta turut hadir bagi memeriahkan majlis makan malam ini.


Majlis makan malam dimeriahkan lagi dengan band pelajar dari Universitas Trisakti, Universitas Kristen Wacana dan tarian saman dari pelajar Indonesia-Malaysia, dan artis Lala Karmila yang turut mendendangkan beberapa lagu.Usai acara makan malam, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mahasiswa di luar negara diingatkan untuk menggunakan peluang belajar ini sebaik mungkin dan jangan mensia-siakan peluang yang diberikan dan belajar bersungguh-sungguh dlm menuntut ilmu.Mahasiswa juga dinasihatkan agar tidak terpedaya dgn berita-berita pembohongan media dan mengelakan diri dari terjebak dgn fitnah dan pembohongan media.
Bahagian aturcara yang paling dinanti-nantikan iaitu cabutan bertuah sebanyak 5 tiket penerbangan pergi-balik Malaysia ke Jakarta, dan 5 buah Ipad.
Majlis makan malam selesai pada pukul 11 malam dan tetamu kehormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta deligasi bersalaman bersama pelajar sebelum berangkat kembali ke hotel.



Akhir kata, kami di Kelab UMNO Jakarta mewakili semua pelajar-pelajar di Jakarta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudi meluangkan masa bersama-sama kami dan kepada seluruh warga kerja kerana telah berjaya menjayakan program ini.
Sekian.

No comments:
Post a Comment