Sesuai dengan konsep maal hijrah yang bermaksud perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik, marilah kita bersama-sama berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan memanfaatkan kita sebagai pelajar yang menuntut di Jakarta. Hal ini kerana dengan berhijrah kepada sesuatu yang positif dapat memberikan banyak impak dalam diri kita. Hijrah dapat mengajar kita bersikap lebih matang dalam mengambil sesuatu keputusan atau tindakan. Melangkah ke alaf baru yang serba-serbi pantas dan ringkas memerlukan generasi umat Islam yang memiliki kematangan yang tinggi dalam berfikir dan merancang.
Di Malaysia tema hijrah pada tahun ini adalah 1Malaysia, 1Ummah dianggap bertepatan dengan semangat hijrah yang dirukuni oleh Rasulullah S.A.W. dalam melahirkan satu ummah yang berteraskan kepada nilai murni, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan melalui kepelbagaian. Kita juga disini diigatkan agar sering menjaga kebersamaan sesama kita. Sempena maal hijrah ini buanglah yang keruh ambilah yan jernih kerana kekusutan atau perpecahan hanya dapat merugikan dan menghancurkan perpaduan yang telah kita bina sejak dulu lagi. Hidup yang harmoni sesama kita dan menjaga antara satu dengan yang lain adalah hal yang perlu kita lakukan dan ditekankan agar perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia tetap kukuh kuatnya walaupun berada diperantauan.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'
Oleh itu marilah kita bersama-sama berhijrah untuk kebaikan bersama demi menjaga dan menguatkan lai ukhuwah kita. Buanglah sifat-sifat negative dan gantikan dengan sifat-sifat yang positif. Akhir sekali saya mewakili KELAB UMNO JAKARTA ingin mengucapkan salam maal hijrah kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira dimana jua anda berada. Penghijrahan merupakan proses kematangan penyebaran risalah Allah s.w.t dan tidak mungkin berjaya jika tidak diiringi perubahan sikap dan prinsip umat Islam dalam berhadapan suasana yang semakin hari semakin mencabar.
Salam maal hijrah
Muhammad Hamidie B Saari
Pengerusi
Kelab UMNO Jakarta

No comments:
Post a Comment