Saturday, July 19, 2008
Hala tuju Kelab UMNO Jakarta 2008/2010
Posted by
Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta
|
Assalammulaikum wbt.
Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurniaNya saya diberikan kesempatan untuk untuk menjadi salah seorang pejuang dalam Kelab UMNO Jakarta. Terima kasih juga kepada semua yang meletakkan kepercayaan tinggi kepada saya dalam memegang jawatan pengerusi kelab, sesungguhnya ini suatu tanggungjawab dan amanah yang besar dan saya berjanji akan mencuba sebaik mungkin dalam menerajui kelab ini, seterusnya memantapkan lagi perpaduan kita di bumi Jakarta.
Bagi makluman tuan-tuan dan puan-puan serta rakan-rakan semua, Kelab Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Jakarta adalah sebuah kelab di bawah naungan Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara (KULN) yang berpusat di PWTC, Kuala Lumpur. Kelab UMNO Jakarta (KUJ) merupakan salah satu cawangan daripada 11 KULN di Indonesia. Kelab UMNO Jakarta sudah hampir 20 tahun ditubuhkan dan berkongsi matlamat yang sama dengan KULN lain di seluruh dunia iaitu untuk menjaga kebajikan orang Melayu dan Bumiputera, dan rakyat Malaysia di luar negara secara am, selain matlamat kelab yang juga merujuk kepada perpaduan semua kaum, dan mengarah kepada membentuk negara Malaysia yang lebih aman dan harmoni secara keseluruhan.
Bagi mencapai matlamat-matlamat ini, perlu difahamkan penubuhan kelab ini bukanlah berteraskan politik semata-semata, dan mengharapkan sokongan penuh dari seluruh rakyat Malaysia di luar negara. KULN lebih kepada perpaduan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara melalui kepelbagaian aktiviti-aktiviti bersama dan lain-lain agar dapat memupuk semangat kebangsaan yang tinggi dan seterusnya negara Malaysia yang kuat dan bersatu.
Dalam sessi 2008/2010 KUJ dibawah pimpinan saya sebagai pengerusi kelab, hal-hal utama yang akan difokuskan adalah lebih menjurus kepada aktiviti bersama, menjaga kebajikan, dan memupuk semangat profesional dan kebangsaan bagi meningkat mutu bangsa kita. Selain kami akan menyusun aktiviti-aktiviti menarik yang InsyaAllah akan memupuk semangat kekeluargaan sesama kita di Jakarta (seperti Karnival, trip jalan-jalan, sukan, pertandingan memasak, etc), hal-hal yang berkaitan kebajikan rakyat Malaysia khasnya pelajar di Jakarta turut akan difokuskan dengan lebih teliti.
Selain itu, mengambil kira kita berada di Indonesia yang masih ramai rakyatnya memerlukan bantuan kemanusiaan dari orang lain, kita akan memupuk semangat bangsa Melayu yang prihatin dengan mengambil peluang ini untuk menganjurkan program-program yang menjurus ke arah bantuan kemanusiaan contohnya mencari jalan untuk memberikan bantuan pada mereka yang memerlukan melalui program bakti sosial, mencari dana derma, program-program sukarelawan dan sebagainya.
Perkara ketiga yang akan difokuskan bagi sesi KUJ 2008/2010 ialah mengadakan program-program yang dapat membantu pelajar untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam pelbagai aspek, begitu juga membina peribadi yang lebih mantap, seterusnya berharap dapat menjadikan pelajar-pelajar ini yang secara amnya orang Melayu, seorang yang lebih profesional dan disegani. Program seperti pertemuan tokoh-tokoh terkemuka untuk berkongsi pengalaman, program kerjasama dengan badan-badan induk seperti Petronas, Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Mercy Indonesia dan lain lain akan segera diusahakan.
Tidak lupa juga Kelab UMNO Jakarta akan memperjuangkan nilai-nilai kerohanian di kalangan pelajar supaya setiap bakal profesional Melayu Islam yang akan pulang menerajui negara pada masa depan ini lebih sempurna dalam pelbagai aspek.
Adalah menjadi harapan saya untuk melihat kita komuniti rakyat Malaysia di Jakarta untuk lebih bersatu padu semasa meniti kehidupan di ibu kota Indonesia yang mencabar ini. InsyaAllah, melalui program-program yang akan Kelab UMNO Jakarta aturkan, diharapkan ia berupaya meningkatkan lagi perpaduan di antara kita. Doa saya semoga komuniti Malaysia di Jakarta, tidak kira apa jua perbezaan yang terdapat pada diri masing-masing, tidak kira miskin kaya, pelajar atau bukan, asal tempat tinggal, atau ideologi politik apa sekalipun dan sebagainya, untuk sama-sama dengan Kelab UMNO Jakarta bagi menghangatkan kembali perpaduan bangsa Melayu yang terasa semakin memudar sejak kebelakangan ini.
Untuk masa depan orang Melayu dan negara, marilah kita sama-sama menghayati kembali peribahasa yang kelihatan mudah tetapi penuh bermakna. " Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Masa depan yang cemerlang ternyata bermula dari apa yang kita lakukan pada hari ini.
Sekian, wasalam.
Mohd Rizal B Abd Rahman
Pengerusi
Kelab UMNO Jakarta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kelab Umno Jakarta
Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jakarta (KUJ) merupakan salah satu daripada 11 Kelab UMNO Luar Negara yang terdapat di republik Indonesia. KUJ telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 15 Oktober 1988 di Wisma Malaysia. Majoriti ahli terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Jakarta.
Banyak aktiviti atau program yang telah dijalankan yang bertujuan merapatkan hubungan khasnya sesama orang Melayu dan Bumiputera tidak kira apa jua perbezaan lain pada diri masing masing. Walaupun KUJ merupakan sebuah kelab yang berada di bawah naungan sebuah parti politik, namun aktiviti kelab ini tidak terikat kepada urusan yang bercorak politik semata-mata, tetapi lebih kepada perpaduan bangsa Melayu dan Malaysia di perantauan. Sesuai dengan organisasinya yang berbentuk kelab, KUJ sentiasa akan mengadakan program-program yang bersifat kebajikan, sosial, dan silaturrahim.
Aktiviti KUJ 2010
Majlis Tertinggi KUJ

Pengerusi:
Muhammad Hamidie B. Saari (Univ. Prof.Moestopo)
Email : meedie89@gmail.com
No.Hp : +6287882651890
Timbalan Pengerusi:
Muizzuddin B. Ali (UKRIDA)
Email : uie0109@yahoo.com
No.Hp : +6287882269120
Setiausaha :
Norfarizza Bt. Khairil Anuar (Univ.Prof.Moestopo)
Email : secret_riz89@yahoo.com
No.Hp : +6281806701370
Bendahari:
Ameerah Nabilah Bt Azhar Hilmy (Univ. Trisakti)
Email :amee_emerald@yahoo.com,
No.Hp :+6281806772343
Ketua Penerangan:
Zazarida Bt. Zakiman (UI)
Email : zazaridazakiman88@gmail.com
No.Hp : +6281932808977
Saranan & Pendapat
Blog Archive
Aktiviti KUJ
Hubungi Kami
Surat-menyurat:
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment