Tuesday, September 23, 2008

Pengagihan Sahur On The Road

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Program Sahur On The Road anjuran Kelab UMNO Jakarta telah mencapai acara kemuncaknya pada awal pagi 21 September yang lalu dengan terbaginya semua juadah sahur percuma buat orang-orang fakir dan homeless di sekitar kota Jakarta.

Program ini dimulakan seawal jam 1.45 pagi di Grogol. Seramai 8 orang ahli Kelab UMNO Jakarta telah mengikuti aktiviti ini yang diketuai oleh Ketua Kelab UMNO Jakarta sendiri iaitu saudara Mohd Rizal bin Abd Rahman. Perjalanan Sahur On The Road ini diadakan di sekitar kawasan Kuningan, Tanah Abang, Sabang, Manggarai dan berakhir di sekitar Roxy dan daerah Citraland, Grogol.
Sebanyak 250 bungkus nasi dapat diagihkan sepanjang perjalanan tersebut. Ini memakan masa sekitar 2 jam 30 minit. Alhamdulillah, kesemua 250 bungkus nasi yang dibeli hasil kutipan dana derma dan jualan amal ini telah dapat diagihkan kepada orang-orang yang betul-betul memerlukan. Pihak Kelab UMNO Jakarta berharap agar program amal sebegini rupa dapat diadakan lagi buat masa yang akan datang.

0 comments: