Thursday, September 25, 2008

Selamatkan Nor Fadilah.

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

11 Kelab UMNO di

Indonesia digerakkan


KUALA LUMPUR 23 Sept. - Sebanyak 11 Kelab UMNO Luar Negara yang berada di Indonesia akan digerakkan untuk mengesan dan mengenal pasti Noor Fadilah Ahmad, 18, yang didakwa dilarikan seorang lelaki ke Lombok Timur pada 3 September lalu.

Setiausaha II Kelab UMNO Luar Negara, Sharif Hamid berkata, pihaknya bersedia untuk membantu mengenal pasti Noor Fadilah dengan bantuan seramai 3,000 ahlinya di sekitar Indonesia.

Katanya, terdapat 11 Kelab UMN0 Luar Negara di Indonesia antaranya di Jogjakarta, Surabaya, Jakarta, Malang, Jambi dan Medan.

''Kami akan memaklumkan kepada pengerusi kelab-kelab UMNO di seluruh Indonesia menerusi laman web dan sekiranya ada gambar Noor Fadilah, usaha mengesan anak gadis itu akan lebih mudah dan berkesan,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Ahmad, pemandu jentera di Ladang Sungai Gedong dan isterinya Masitah Abdullah, 42, memberitahu, anaknya yang hilang itu bekerja di sebuah kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor sejak tiga bulan lalu selepas tamat persekolahan pada tahun lalu.

Noor Fadilah didakwa berada di Indonesia selepas dibawa seorang pemuda yang juga dikenalinya dan bekas pekerja di ladang tempat bapanya bekerja.

(Sumber: www.utusan.com.my)

0 comments: