Sunday, October 19, 2008

Kerjasama KUJ-PKPMI-CJ

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Kelab UMNO Jakarta dan PKPMI-CJ

Inisiatif dalam menjayakan lagi peranan persatuan pelajar di Jakarta akan ditingkatkan lagi dari semasa ke semasa. Pertemuan dua hala antara Pengerusi Kelab UMNO Jakarta, saudara Rizal Abd Rahman, dan YDP PKPMI Jakarta, saudara Ahmad Nabieh baru-baru ini sememangnya menghangatkan kembali objektif utama berpersatuan di Jakarta.
Turut hadir pada malam tersebut adalah saudara Akmal, YDP PKPMI Pusat.
Antara perkara yang dibincangkan adalah peluang kerjasama dalam setiap aktiviti pelajar yang bakal diadakan di Jakarta. Rizal dan Nabieh percaya hubungan baik antara mereka merupakan kelebihan bagi dua persatuan ini untuk lebih sinergis dalam menjayakan program pelajar agar hasil positif maksimum sesuatu program dapat dikecapi.
Rizal berpendapat tiada masalah untuk kedua-dua pihak lebih aktif bekerjasama kerana matlamat kedua-dua persatuan pelajar ini adalah sama iaitu memupuk perpaduan sejagat antara pelajar di Jakarta serta menjaga kebajikan semua pelajar dalam banyak perkara.
Walaupun Kelab UMNO Jakarta akan lebih menumpukan usaha mereka untuk melahirkan bakal profesional Melayu yang berketrampilan dalam semua bidang, PKPMI juga tidak lari daripada matlamat ini.
Saudara Rizal, Nabieh dan Akmal turut mengambil kesempatan membincangkan mengenai meningkatkan lagi manfaat pelajar dalam berpersatuan di Jakarta seperti kelebihan-kelebihan keahlian serta perjalanan program Hari Terbuka Pelajar yang bakal berlansung November ini.

0 comments: