Wednesday, October 8, 2008

Kunjungan Kelab UMNO Jakarta ke Sekretariat KULN

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

(Sumber: http://www.kelab-umno.com/)

ISNIN 6 Oktober - Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara semalam telah dikunjungi oleh pengerusi Kelab UMNO Jakarta, Mohd Rizal B Abd Rahman dan Exco Kebajikan Kelab UMNO Jakarta, Siti Nur Hidayah.

Kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan mengenai isu-isu terkini yang berlaku di Jakarta sepanjang tahun ini, isu utama yang dibicarakan ialah mengenai Noor Fadilah Ahmad, iaitu rakyat Malaysia yang didakwa dilarikan oleh warga Indonesia ke Lombok pada 3 September lalu.

Rizal menyatakan bahawa Noor Fadilah tidak mempunyai masalah disana dan dia menetap di Lombok atas dasar kerelaan hatinya, 'walau bagaimanapun, ia terserah kepada keluarga Fadilah untuk membuat keputusan mengenai anaknya' ulas Rizal mengenai isu Fadilah ini.

Perbincangan semalam beralih kepada topik program dan perkembangan Kelab UMNO Jakarta dan pertambahan ahli bagi keseluruhan Kelab UMNO di Indonesia dari minggu ke minggu, mengikut data yang dikemaskinikan, bilangan ahli Kelab UMNO di Indonesia sahaja kini telah melebihi 3000 orang ahli, dan ini adalah petunjuk positif kepada perkembangan Kelab UMNO di sana.

Rizal dan Siti Nur Hidayah dijadualkan akan bertolak ke Indonesia semula selepas seminggu bercuti Hari Raya di Malaysia, sama-sama kita doakan agar mereka selamat sampai ke sana.

0 comments: