Monday, November 10, 2008

Jogja Games 2008

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Pada 14-16 November 2008 ini, satu Karnival Sukan Pelajar Malaysia Se-Indonesia akan diadakan di Yogyakarta. Kontinjen sukan dari gabungan seluruh cawangan PKPMI dan Kelab UMNO SeIndonesia akan sama-sama berentap bagi merebut hadiah dalam pertandingan masing-masing.

Bersempena dengan itu, PKPMI Jakarta dan Kelab UMNO Jakarta telah memilih peserta yang menjuarai Karnival Sukan Mini Jakarta baru-baru ini untuk secara rasmi mewakili Jakarta ke Karnival Sukan Jogja tersebut. Para peserta akan segera dihubungi.

Bagi pelajar yang berminat untuk mengikuti trip ke Yogyakarta sebagai penyokong Kontinjen Jakarta, satu pakej dengan harga yang sangat istimewa kini ditawarkan untuk semua.

Dengan harga serendah Rp280 000, anda boleh turut serta dalam trip 4 Hari 3 Malam ke Jogja ini. Harga sudah termasuk pengangkutan, makanan, penginapan (atas gunung), t-shirt serta tour (Borubodur, Prambanan, etc etc) di Jogja nanti.

Buat pengetahuan semua, tempat adalah sangat terhad dan diminta siapa yang berminat untuk segera emailkan nama, universiti, no HP anda ke setiausaha_kuj@yahoo.com

*Surat pelepasan kuliah akan diuruskan oleh Bahagian Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia.
Beri nama anda sekarang!

0 comments: