Thursday, January 8, 2009

Kempen Perang Kekejaman Israel Terhadap Palestin

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

KEMPEN "ONE MAN ONE DOLLAR"


Kelab UMNO Jakarta bersama sebahagian besar penduduk dunia mengutuk keras kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Sehingga sekarang artikel ini ditulis, ratusan penduduk Palestin, kanak-kanak dan wanita, sekolah, tempat tinggal dan masjid, dibom dan dimusnahkan oleh tentera Israel.

Bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, Kelab UMNO Jakarta bersama PKPMI cawangan Jakarta melancarkan tabung "One Man One Dollar" untuk disalurkan sebagai bantuan kepada mangsa kekejaman Israel di Palestin. Kempen menderma 10 ribu rupiah seorang (bersamaan $1 USD) akan dilancarkan di setiap universiti.

Buat pengetahuan semua, derma yang dikumpul akan digabungkan bersama dana dari KISPA (Komite Indonesia untuk Solidaritas Palestin) dan dimanfaatkan untuk rakyat Palestin yang memerlukan bantuan.

Tabung bantuan ini akan segera dilancarkan di setiap universiti dalam masa terdekat dan kami amat berharap setiap pelajar dapat memberikan sokongan. Marilah kita sama-sama berdoa agar bantuan kecil yang akan disampaikan oleh kita ini akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban mangsa-mangsa pembantaian kejam antara terburuk dalam sejarah Palestin.



TALKSHOW ISU PALESTIN-ISRAEL

Pasca serangan Zionis Israel terhadap Semenanjung Gaza (Palestin) yang masih berlangsung hingga hari ini, PKPMI-CJ dengan kerjasama Kelab UMNO Jakarta (KUJ) akan menganjurkan talk show 'Kekejaman Israel mengepung & menyerang warga Palestin di Semenanjung Gaza'.

Semua pelajar pelbagai bangsa dan agama dijemput hadir untuk memberi sokongan mengutuk tindakan jenayah terang-terangan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin, seterusnya mengetahui dengan lebih jelas tentang isu sebenar masalah dunia ini.

Panel Undangan : Komite Indonesia Untuk Solidaritas Palestina (KISPA)

Tarikh : 24 Januari 2009, Sabtu

Tempat : Auditorium Trisakti Kampus Kedokteran
Masa dan Aktiviti Program :
5 petang- Pameran; 7 malam-Talk Show, Tayangan Klip2 Video & Tanya Jawab, Jamuan Ringan
Pakaian : Digalakkan memakai baju putih (atau tudung putih bagi wanita) sebagai simbol keamanan

Program menarik yang dilakukan dalam bentuk forum ini membolehkan peserta untuk turut serta dalam perbincangan dengan slot tanya jawab bagi mengupas dengan lebih lanjut hal yang dibincangkan oleh panel.

Paserta yang hadir akan menerima cenderahati istimewa dari penganjur. Booth jualan juga akan dibuka.

Forum akan mengupas hal-hal mengenai :
1. Sejarah singkat konflik yang terjadi
2. Konflik Palestin -Israel : Masalah Umat Islam atau Umat Dunia?
3. Siapakah Fatah, Hamas, dan Zionis?
4. Mengapa Hamas 'gatal' untuk melancarkan serangan roket ke Israel
5. Salahkah Zionis Israel melancarkan serangan balas ke HAMAS?
6. Apakah peranan utama yang dimainkan oleh Amerika dalam menyokong Zionis Israel?
7. Kenapa pemimpin-pemimpin dunia membisu?
8. Amankah dunia selagi Palestin masih bergolak?
9. Apa peranan yang boleh anda mainkan?

Semoga semua dapat hadir sebagai sokongan membantah pembantaian kejam Israel terhadap rakyat Palestin.

0 comments: