Saturday, March 28, 2009

Tragedi Empangan Situ Gintung

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

TEXT VERSION


Seperti yang sedia maklum, di Jakarta saat ini telah digemparkan dengan tragedi yang menyayat hati dimana Empangan Situ Gintung di Cirendeu, Ciputat, Tangerang telah pecah sehingga setakat ini memakan korban hampir 78 orang dan bilangan ini mungkin akan bertambah.

Tragedi ini diibaratkan seperti tsunami kecil karena air limpahan datang secara tiba-tiba dan menyapu hingga ke atap rumah. Tidak hanya manusia yang menjadi korban dalam tragedi ini, malah ratusan rumah dan kereta mewah di perumahan Cirendeu juga terendam banjir bercampur lumpur.



Untuk pengetahuan umum, empangan ini bersebelahan dengan kawasan Ciputat dimana banyak pelajar Malaysia yang menuntut di UIN Syarif Hidayatullah menetap di situ. Namun melalui sumber media elektronik dan akhbar, kawasan di situ terselamat dari terkena limpahan air empangan Situ Gintung.

Mari lah kita bersyukur kepada Allah SWT kerana tiada pelajar Malaysia yang terkorban mahupun terlibat dalam tragedi yang menimpa bumi Jakarta ini. Dari sanubari paling dalam, marilah kita melafazkan Al Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban.

VIDEO VERSION

video

0 comments: