Monday, June 22, 2009

Indonesia Open 2009

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Pasukan sorak Malaysia

Kelab UMNO Jakarta amat berbangga dengan kejayaan pemain-pemain Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2009 (Super Series).

Mereka yang berjaya adalah Datuk Lee Chong Wei (Men Single) dan gandingan Wong Pei Tty- Chin Eei Hui (Women Double).

Turut hadir untuk memberi sokongan adalah beberapa pelajar Malaysia di Jakarta. Walaupun di-boo dan diejek sepanjang perlawanan oleh hampir seluruh stadium, mereka tidak serik untuk terus menyokong antaranya dengan kibaran jalur gemilang dan laungan 'Malaysia Boleh!'.

Suasana bertambah hangat semasa pertandingan akhir perseorangan lelaki antara Datuk Lee Chong Wei dan jaguh tuan rumah, Taufik Hidayat.

Permainan cantik Datuk Lee Chong Wei ternyata terlalu handal hingga membuatkan seluruh stadium sepi.

Akhir kata, kami di Kelab UMNO Jakarta ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada mereka yang berjaya. Semoga karier sukan jaguh-jaguh negara ini akan sentiasa bersinar. Malaysia Boleh!

2 comments:

azri said...

evrybody.....fighting fighting!!!!!!~!!

BERANI BERUBAH said...

hebatlahhh malaysia & penyokongnya..
walau di indonesia...

itu semangat tanahair yang kita mahukan
heheheheheeh.....
teruskan perjuangan..amin.