Tuesday, August 18, 2009

Makan Malam Bersama YB Dato Shabery dan YB KJ

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Pada tanggal 12 Ogos 2009 yang lepas, rombongan dari Kementerian Belia & Sukan Malaysia yang diketuai oleh YB Dato’ Ahmad Shabery B Cheek dan rombongan Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia yang turut diketuai oleh ketuanya sendiri iaitu YB Khairy Jamaluddin B Abu Bakar telah diundang untuk satu majlis makan malam ramah mesra bersama pelajar Malaysia Jakarta anjuran Kelab UMNO Jakarta dan Badan Perhubungan Negara Kelab UMNO Indonesia. Majlis berlangsung di Dian Ballroom, Hotel Ciputra, Jakarta dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 pelajar Malaysia serta perwakilan Kelab-Kelab UMNO dari seluruh Indonesia.

Antara tetamu kehormat lain yang hadir adalah En Amran Mohd Zain, Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia, YBhg Datuk Ahmad Zaki Zahid, Pengerusi AMAN Malaysia, YBhg Dr Junaidy Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia serta barisan Exco-exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Selepas jamuan makan malam, acara dimulakan dengan ucapan dari Pengerusi Kelab UMNO Jakarta merangkap Setiusaha Badan Perhubungan Negara (BPN) Kelab UMNO Indonesia, Saudara Mohd Rizal B Abd Rahman. Intipati daripada ucapan beliau banyak menekankan tentang kehidupan pelajar Malaysia di Jakarta dan Indonesia secara umum seperti masalah-masalah pelajar terutama efek dari isu membabitkan hubungan dua hala Malaysia Indonesia seperti perseteruan blok Ambalat, pembantu rumah, dan kes Manohara.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin B Abu Bakar. Antara yang dibicarakan beliau adalah isu-isu berbangkit mengenai negara dan peranan dan tugas yang patut dimainkan oleh mahasiswa yang berjiwa muda untuk bersama dalam membangunkan negara. Selepas itu, majlis dilanjutkan dengan sesi ucapan dari Menteri Belia & Sukan Malaysia merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Luar Negara dan Kelab UMNO Luar Negara, YB Dato’ Ahmad Shabery B Cheek. Beliau turut mengupas isu berkaitan dengan mahasiswa dan rancangan terkini kementerian seperti perlaksanaan Program Rakan Muda Luar Negara yang bakal membabitkan penglibatan dan kerjasama antara pelajar Malaysia dan pelajar lokal setempat.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama YB Dato’ Ahmad Shabery B Cheek dan YB Khairy Jamaluddin B Abu Bakar.

Pelajar dari Universitas Islam Negeri Syahidatullah

Pelajar dari Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA)

Pelajar dari Universitas Trisakti

Barisan Exco Kelab UMNO Jakarta

0 comments: