Thursday, August 6, 2009

AMAN Malaysia

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Pada tanggal 4 Ogos 2009 yang lalu, satu perjumpaan sillaturahim telah diadakan di Cafe Lounge Hotel Mulia, Jakarta Selatan antara Kelab UMNO Jakarta (KUJ) dan Pertubuhan AMAN Malaysia (Malaysians for Peace). Perjumpaan ini diketuai oleh saudara Rizal Abd Rahman dari KUJ dan En. Mohd Hasbullah B. Awang, Setiausaha Kerja AMAN Malaysia. Turut hadir pada perjumpaan tersebut adalah beberapa AJK KUJ iaitu saudara Izzun Nasheef Hasmuri, saudara Ammar Abd Adzis, dan saudara Ahmad Akmal Rashid.

AMAN Malaysia adalah satu pertubuhan gabungan NGO dalam negara, yang terdiri daripada beberapa pertubuhan sukarela, badan beruniform, parti politik, pertubuhan agama, kebajikan, professional, dan mahasiswa, yang berkongsi satu tujuan, iaitu mempromosi keamanan dunia yang lebih baik. AMAN Malaysia banyak terlibat dalam perlbagai aktiviti sukarelawan dan ia turut diiktiraf oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tujuan perjumpaan tersebut diadakan adalah untuk membincangkan cadangan penubuhan pertubuhan AMAN Malaysia cawangan luar negara. En Mohd Hasbullah telah meminta pandangan dari wakil KUJ agar perkara tersebut dapat direalisasikan pada masa yang akan datang. Cadangan menjadikan Kelab UMNO sebagai hub untuk pertubuhan AMAN Malaysia juga mendapat sambutan baik kedua pihak.

Antara hasil daripada perjumpaan tersebut adalah akan diadakan pertemuan khas antara barisan kepimpinan AMAN Malaysia yang bakal diketuai sendiri oleh Pengerusi AMAN Malaysia, iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid dengan Kelab UMNO Jakarta dalam masa terdekat.

0 comments: