Thursday, March 11, 2010

Majlis Ramah Mesra bersama Pengerusi MARA

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Pada 1 Mac 2010 yang lalu, satu majlis ramah mesra pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta telah diadakan dengan YB Dato Seri Idris B Jusoh, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Malaysia bertempat di Hotel Parklane, Jakarta.

YB Dato' Seri Idris Jusoh juga merupakan salah seorang AJK Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara.

Majlis turut dihadiri oleh Duta Besar Malaysia di Indonesia, TYT Dato' Syed Munshe Afdzarudin Syed Hassan, Pengarah MSD Indonesia YBhg Datuk Dr Junaidy Abu Bakar, serta Pengarah MARA Indonesia, Pn Noroyun. Turut hadir ialah beberapa orang wakil dari Kelab UMNO Jakarta iaitu saudara Mohd Fahmi Mansor, Raihana Asila, dan saudara Shazni Afandi Rusli.

Sejurus selepas majlis makan malam, satu sesi dialog telah diadakan antara para pelajar dan rombongan MARA yang hadir. Beberapa masalah pelajar telah dibincangkan bersama dan pihak MARA berjanji akan membantu dengan sebaik mungkin kesulitan yang dihadapi oleh pelajar kita di sini.

Antara pelajar tajaan MARA yang hadir pada majlis tersebut adalah mereka dari Universitas Kristen Krida Wacana (UKRIDA) dan Universitas Trisakti.

0 comments: