Tuesday, April 20, 2010

Majlis Ramah Mesra & Taklimat Bersama Pengarah BHEPP

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Pada 18 April 2010, satu majlis ramah mesra dan taklimat telah diadakan antara Yang Berusaha Prof. Dr. Mohd Fauzi B Hj Ramlan, Pengarah Badan Hal Ehwal Pembangungan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kepimpinan mahasiswa di Jakarta. Majlis yang berlangsung kira-kira 3 jam tersebut diadakan di Hotel Parklane, Jakarta Selatan.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBhg Tan Sri Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, YBhg Dato' Wira Dr. Afiffuddin Hj Omar, tokoh usahawan Melayu terkemuka yang juga merupakan mantan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, YBhg Datuk Paduka Dr Junaidy B Abu Bakar, Pengarah MSD Indonesia dan Datin, serta wakil-wakil pelajar dari Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta dan Kelab UMNO Jakarta (KUJ).

Sejurus selepas jamuan makan malam, majlis diteruskan dengan ucapan pembuka oleh saudara Mohd Rizal Abd Rahman, pengerusi KUJ. Selain mengucapkan terima kasih dan menghuraikan tentang statistik pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta dan Indonesia, beliau juga meminta semua yang hadir bagi memanfaatkan kehadiran mereka dengan berkongsi pengalaman dan mencungkil ilmu dari para jemputan yang hadir. yang kesemuanya merupakan tokoh kebanggaan negara. Majlis kemudiannya diteruskan dengan taklimat oleh Yg Berusaha Prof Dr Fauzi.

Prof Dr Mohd Fauzi menegaskan dalam ucapan beliau pesan-pesan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin iaitu penerapan kualiti-kualiti seorang mahasiswa kompeten dalam diri masing-masing. Kualiti yang diingatkan agar sentiasa diasah merangkup kemahiran berkomunikasi, berfikiran kritis, menjada etika yang baik dan terpuji, serta mahir dalam pertuturan bahasa Inggeris.

Majlis tamat kira-kira jam 11 malam selepas acara 'kejutan' sambutan hari jadi yang dilakukan oleh YBhg Datuk Paduka Dr Junaidy kepada isterinya yang kebetulan menyambut hari jadi pada hari tersebut.

(Gambar dari saudara Naufal Nordin)

0 comments: