Wednesday, June 9, 2010

Selamat Maju Jaya KUJ 2010/2012

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Alhamdulillah Mesyuarat Agung KUJ baru-baru ini berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan di Hotel Nikko Jakarta bermula tepat jam 1.45 petang.

Majlis dimulakan dengan ucapan saudara Mohd Rizal selaku Pengerusi KUJ. Selain menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir, beliau mengambil kesempatan tersebut untuk mengelaborasi kembali misi visi penubuhan Kelab UMNO Luar Negara. Saudara Rizal juga berterima kasih kepada semua AJK KUJ sesi 2008/2010 yang telah bertungkus lumus menjayakan pelbagai aktiviti KUJ.

Setelah perbentangan aktiviti dan laporan kewangan, dengan rasminya saudara pengerusi mensyuarat telah membubarkan kepimpinan KUJ sesi 2008/2010.

Majlis diteruskan dengan pemilihan Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta sesi baru. Setelah proses pencalonan dan pengundian dilakukan, berikut adalah hasil pemilihan:

Pengerusi:
Muhammad Hamidie B. Saari (Univ. Prof Moestopo)

Timbalan Pengerusi:
Muizzuddin B. Ali (UKRIDA)

Bendahari:
Ameerah Nabilah Bt Azhar Hilmy (Univ. Trisakti)

Ketua Penerangan:
Zazarida Zakiman (UI)

Buat pengetahuan semua, majlis pemilihan bagi jawatan lain akan dibuat dalam masa terdekat. Bagi yang berminat untuk bersama-sama sebagai exco KUJ sesi baru, borang akan segera dikeluarkan melalui laman web dan facebook.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua yang terpilih. Semoga KUJ akan lebih maju jaya dibawah tampuk kepimpinan baru.

Para Hadirin Yang Hadir

0 comments: