Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan 1431 Hijrah

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Assalamualaikum warahmatullah,
Tiba sudah bulan yang penuh barakah dan rahmat, dengan ganjaran pahala berlipat ganda bagi amalan yang dikerjakan pada bulan ini, bulan Ramadhan al- Mubarak. Pertama sekali marilah kita mengucapkan syukur kerana masih diberi kesempatan sekali lagi untuk bertemu dengan bulan ini.

Demikian telah diketahui banyak ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada umat Islam pada bulan ini, marilah kita semua merebut peluang selama insyaAllah 30 hari ini untuk menunaikan sebanyak-banyak amalan ibadah, untuk mendapatkan rahmat,ganjaran, disamping membaiki akhlak diri, dan mecari keredhaan Allah s.w.t.

Kelab Umno Jakarta, di sini, ingin mengambil kesempatan melalui blog ini, untuk mengucapkan selamat menunaikan puasa di bulan Ramadhan, kepada semua umat Islam, khususnya rakyat Malaysia yang berada di Jakarta,walau apa jua urusan. Moga di samping keberkatan di bulan Ramadhan ini, kita semua memperoleh lebih banyak kejayaan diiringi keredhaan Allah s.w.t.

Sebelum mengakhiri post kali ini, Kelab Umno Jakarta ingin mengajak pembaca sekalian, marilah kita semua saling ingat mengingati antara satu sama lain , melalui hadis Rasullah s.a.w mengenai bulan Ramadhan.

Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)



Sekian, terima kasih.

0 comments: