Assalamualaikum kepada semua pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia dan yang masih berada di Malaysia.Saya,isteri dan keluarga serta warga Education Malaysia Indonesia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelajar-pelajar. Saya ingin maklumkan bahawa mulai 16 September 2010, atas arahan Kabinet Malaysia, JPMI dan Bahagian Promosi Pendidikan telah bergabung dan nama baru bagi Jabatan saya adalah Education Malaysia Indonesia (EMI).
Bagi pelajar-pelajar Jogjakarta dan sekitarnya yang masih berada di Jogjakarta, saya harap selalu berhati-hati dan bagi yang masih berada dengan keluarga di Malaysia, gunakan peluang ini untuk menenangkan diri masing-masing.
Tahun ini kita telah menempuh banyak cabaran di Indonesia. Namun cabaran-cabaran ini dapat kita tempuhi bersama dengan baik. Saya amat berterima kasih atas kerjasama semua pimpinan pelajar dan para pelajar yang telah memberikan kerjasama yang padu dan baik kepada pejabat saya dan Kedutaan Besar Malaysia dalam menangani pelbagai cabaran.
Alhamdulillah, kita juga berjaya menganjurkan Bandung Games 2010 dan tahniah serta syabas kepada panitia Bandung Games yang telah bertungkus-lumus mengatur urus games yang pertama kalinya ini. Manakala, pemimpin Kelab Umno Indonesia juga diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan untuk berucap di Perhimpunan Agung UMNO mewakili Kelab-kelab UMNO Luar Negara seluruh dunia. Syabas saudara Rizal.
Pada tahun hadapan, PKPMI Pusat akan mengadakan Kongres PKPMI di Bali dan dijangka YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia akan menyertai pimpinan pelajar-pelajar pada acara tersebut.
Akhir sekali saya menyeru semua pimpinan baru PKPMI dan Kelab UMNO agar lebih aktif dalam menjaga kebajikan pelajar dan sekali gus meningkatkan kualiti diri dalam pelbagai bidang sama ada akademik atau non-akademik.
SALAM AIDIL ADHA.
Dato' Junaidy Abu Bakar, Ph.D
Pengarah
Education Malaysia Indonesia (EMI)
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE)
Kedutaan Besar di Indonesia
Jakarta.
+62 81 80 88 11111
ddrjunaidy@mohe.gov.my
Wednesday, November 17, 2010
Khas :: Perutusan ucapan dari Pengarah EMI , Dato' Dr Junaidy
Posted by
Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kelab Umno Jakarta
Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jakarta (KUJ) merupakan salah satu daripada 11 Kelab UMNO Luar Negara yang terdapat di republik Indonesia. KUJ telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 15 Oktober 1988 di Wisma Malaysia. Majoriti ahli terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Jakarta.
Banyak aktiviti atau program yang telah dijalankan yang bertujuan merapatkan hubungan khasnya sesama orang Melayu dan Bumiputera tidak kira apa jua perbezaan lain pada diri masing masing. Walaupun KUJ merupakan sebuah kelab yang berada di bawah naungan sebuah parti politik, namun aktiviti kelab ini tidak terikat kepada urusan yang bercorak politik semata-mata, tetapi lebih kepada perpaduan bangsa Melayu dan Malaysia di perantauan. Sesuai dengan organisasinya yang berbentuk kelab, KUJ sentiasa akan mengadakan program-program yang bersifat kebajikan, sosial, dan silaturrahim.
Aktiviti KUJ 2010
Majlis Tertinggi KUJ

Pengerusi:
Muhammad Hamidie B. Saari (Univ. Prof.Moestopo)
Email : meedie89@gmail.com
No.Hp : +6287882651890
Timbalan Pengerusi:
Muizzuddin B. Ali (UKRIDA)
Email : uie0109@yahoo.com
No.Hp : +6287882269120
Setiausaha :
Norfarizza Bt. Khairil Anuar (Univ.Prof.Moestopo)
Email : secret_riz89@yahoo.com
No.Hp : +6281806701370
Bendahari:
Ameerah Nabilah Bt Azhar Hilmy (Univ. Trisakti)
Email :amee_emerald@yahoo.com,
No.Hp :+6281806772343
Ketua Penerangan:
Zazarida Bt. Zakiman (UI)
Email : zazaridazakiman88@gmail.com
No.Hp : +6281932808977
Saranan & Pendapat
Blog Archive
Aktiviti KUJ
Hubungi Kami
Surat-menyurat:
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment