Penghijrah kaum muslimin dari kota Makkah ke kota Madinah pada 1432 tahun lalu telah memberikan dimensi baru kepada dunia islam seterusnya memberikan penghayatan kepada agama Islam yang sebenarnya. Penghijrahan tersebut juga telah membawa detik penting dalam pembaharuan system nilai dan hidup manusia. Sejarah telah menunjukkan bahawa Rasulullah SAW telah menanamkan benih-benih perpaduan, persaudaran, tolong-menolong, pengorbanan, kesungguhan , kecintaan, dan ketakwaan di dalam diri sanubari umat islam pada ketika itu dimana mereka telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran yang datangnya dari kaum-kaum musyrikin.
Sesuai dengan konsep maal hijrah yang bermaksud perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik, marilah kita bersama-sama berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dan memanfaatkan kita sebagai pelajar yang menuntut di Jakarta. Hal ini kerana dengan berhijrah kepada sesuatu yang positif dapat memberikan banyak impak dalam diri kita. Hijrah dapat mengajar kita bersikap lebih matang dalam mengambil sesuatu keputusan atau tindakan. Melangkah ke alaf baru yang serba-serbi pantas dan ringkas memerlukan generasi umat Islam yang memiliki kematangan yang tinggi dalam berfikir dan merancang.
Di Malaysia tema hijrah pada tahun ini adalah 1Malaysia, 1Ummah dianggap bertepatan dengan semangat hijrah yang dirukuni oleh Rasulullah S.A.W. dalam melahirkan satu ummah yang berteraskan kepada nilai murni, berpaksikan keadilan sosial, prinsip penerimaan dan meraikan kemajmukan melalui kepelbagaian. Kita juga disini diigatkan agar sering menjaga kebersamaan sesama kita. Sempena maal hijrah ini buanglah yang keruh ambilah yan jernih kerana kekusutan atau perpecahan hanya dapat merugikan dan menghancurkan perpaduan yang telah kita bina sejak dulu lagi. Hidup yang harmoni sesama kita dan menjaga antara satu dengan yang lain adalah hal yang perlu kita lakukan dan ditekankan agar perpaduan dan kebersamaan rakyat Malaysia tetap kukuh kuatnya walaupun berada diperantauan.
Sesungguhnya Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'
Oleh itu marilah kita bersama-sama berhijrah untuk kebaikan bersama demi menjaga dan menguatkan lai ukhuwah kita. Buanglah sifat-sifat negative dan gantikan dengan sifat-sifat yang positif. Akhir sekali saya mewakili KELAB UMNO JAKARTA ingin mengucapkan salam maal hijrah kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira dimana jua anda berada. Penghijrahan merupakan proses kematangan penyebaran risalah Allah s.w.t dan tidak mungkin berjaya jika tidak diiringi perubahan sikap dan prinsip umat Islam dalam berhadapan suasana yang semakin hari semakin mencabar.
Salam maal hijrah
Muhammad Hamidie B Saari
Pengerusi
Kelab UMNO Jakarta
Tuesday, December 7, 2010
Sudut Kongsi :: Salam Maal Hijrah 1432H
Posted by
Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kelab Umno Jakarta
Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jakarta (KUJ) merupakan salah satu daripada 11 Kelab UMNO Luar Negara yang terdapat di republik Indonesia. KUJ telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 15 Oktober 1988 di Wisma Malaysia. Majoriti ahli terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Jakarta.
Banyak aktiviti atau program yang telah dijalankan yang bertujuan merapatkan hubungan khasnya sesama orang Melayu dan Bumiputera tidak kira apa jua perbezaan lain pada diri masing masing. Walaupun KUJ merupakan sebuah kelab yang berada di bawah naungan sebuah parti politik, namun aktiviti kelab ini tidak terikat kepada urusan yang bercorak politik semata-mata, tetapi lebih kepada perpaduan bangsa Melayu dan Malaysia di perantauan. Sesuai dengan organisasinya yang berbentuk kelab, KUJ sentiasa akan mengadakan program-program yang bersifat kebajikan, sosial, dan silaturrahim.
Aktiviti KUJ 2010
Majlis Tertinggi KUJ

Pengerusi:
Muhammad Hamidie B. Saari (Univ. Prof.Moestopo)
Email : meedie89@gmail.com
No.Hp : +6287882651890
Timbalan Pengerusi:
Muizzuddin B. Ali (UKRIDA)
Email : uie0109@yahoo.com
No.Hp : +6287882269120
Setiausaha :
Norfarizza Bt. Khairil Anuar (Univ.Prof.Moestopo)
Email : secret_riz89@yahoo.com
No.Hp : +6281806701370
Bendahari:
Ameerah Nabilah Bt Azhar Hilmy (Univ. Trisakti)
Email :amee_emerald@yahoo.com,
No.Hp :+6281806772343
Ketua Penerangan:
Zazarida Bt. Zakiman (UI)
Email : zazaridazakiman88@gmail.com
No.Hp : +6281932808977
Saranan & Pendapat
Blog Archive
Aktiviti KUJ
Hubungi Kami
Surat-menyurat:
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment