Tuesday, September 9, 2008

Majlis Berbuka Puasa KUJ 2008

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Isnin- 8 Sept 2008. Satu majlis berbuka puasa antara AJK Kelab UMNO Jakarta (KUJ) telah diadakan di The Buffet, Jakarta Barat. Majlis yang dianjurkan oleh kelab ini merupakan acara tahunan berbuka puasa bersama barisan MT, exco KUJ dan pengerusi kelab.

Antara agenda majlis selain daripada mengambil kesempatan utk beramah mesra dengan AJK baru dan sebagainya, satu mensyuarat ringkas tentang perincian dan perjalanan program-program sepanjang bulan Ramadhan juga telah berjalan dengan lancar.

Selepas berbuka ringkas dengan minuman dan manis-manisan, para AJK KUJ berhenti untuk solat maghrib bersama-bersama sebelum kembali ke restoran. Restoran yang berkonsepkan 'all you can eat' ini menghidangkan pelbagai hidangan menarik seperti masakan Indonesian, western, Japanese style, steamboat, juice, ice cream, desert menarik dan sebagainya.

Buat pengetahuan rakan-rakan, antara acara yang bakal dijalankan oleh barisan KUJ seawal ujung minggu ini adalah aktiviti pengumpulan dana dan derma untuk menjayakan program Sahur On the Road anjuran KUJ pada 20 September kelak. Pada program ini, juadah bersahur dalam bentuk nasi bungkus akan dibuat daripada pengumpulan dana dan derma tadi, untuk dibagikan kepada orang fakir miskin 'homeless' di pinggir jalan.

Antara program yang terlibat dalam mengumpul dana selain pengumpulan derma dari universiti-universiti di Jakarta, antaranya adalah akan dibuka booth Ujian kesihatan gula dan tekanan darah, jualan bunga serta beberapa yang berkonsep 'membeli sambil menderma' akan dilakukan di lokasi-lokasi awam berpotensi sekitar kota Jakarta.

Selain itu, majlis buka puasa bersama anak yatim, buka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan seluruh pelajar Malaysia di Jakarta, serta majlis buka puasa pelajar dan Dato' Duta Malaysia ke Republik Indonesia juga turut dibincangkan.

0 comments: