Saturday, September 27, 2008

Update ttg Fadilah

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Fadilah sukarela ke Lombok

Dalam laporan terbaru mengenai Fadilah, rakyat Malaysia yang didakwa dilarikan oleh warga Indonesia ke Lombok, wartawan Kosmo! yang menemui Fadilah di sana melaporkan Fadilah secara sukarela ingin mengahwini dan 'lari' ke sana.

Sebelum ini, bapa Fadilah telah membuat laporan bahawa anaknya itu telah dilarikan ke Lombok dan meminta bantuan pihak yang prihatin untuk membantu membawa pulang anaknya. Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara dan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia telah bersetuju untuk membantu dalam menangani masalah tersebut.
Walaubagaimanapun, liputan akhbar Kosmo! di Lombok mendapati Fadilah sebenarnya tidak mempunyai masalah tinggal di sana dan dia melakukan semuanya atas nama cinta tulus kepada Nasrudin, warga Indonesia tersebut. "Saya cintakan Nasrudin dan tetap akan berkahwin dengannya walaupun mama dan abah tidak setuju", dipetik dari akhbar Kosmo! 30 September 2008.

Bapa Fadilah yang tidak bersetuju tentang hubungan tersebut turut berkeras akan turun ke Lombok, Indonesia untuk menemui sendiri anaknya bagi mendapatkan penjelasan berhubung pelakuan anaknya yang lari ke republik berkenaan tanpa sebarang berita. Pihak Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara dan Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO Malaysia telah mengumpul dana derma bagi membantu keluarga Fadilah yang sangat bersedih tentang perkara ini dan akan membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

Bapa Fadilah dijangka berangkat ke Lombok bersama wakil-wakil dari Sekretariat UMNO pada 6 Oktober ini.

Kelab UMNO Jakarta menyokong penuh usaha ini dan sentiasa bersedia membantu seberada mereka di Jakarta nanti. Update tentang berita ini akan kami paparkan di blog site ini dari semasa ke semasa.

0 comments: