Wednesday, April 8, 2009

Sukarelawan Pengadil & Penjaga Garisan

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |



Dalam usaha menjaya Kejohanan Badminton Berkumpulan Lelaki & Wanita KUJ buat julung kalinya, kami dengan ini meminta jasa baik para pelajar untuk menjadi pengadil dan penjaga garisan. Setakat ini, kami mendapat sambutan dari pelajar Trisakti, UIN dan Moestopo. Namun, Ukrida & UI masih tiada sebarang wakil.

Bagi mengelakkan daripada sebarang keraguan dan ketidakadilan, kami berharap agar setiap universiti dapat menghantar wakil untuk menjadi pengadil dan penjaga garisan.

Untuk pengadil & penjaga garisan yang terdaftar, kami menyediakan ganjaran berupa makanan, sijil penghargaan beserta t-shirt percuma.

Ayuh, daftarkan diri anda kepada Afiq Azizi(087880600665). Sekian, terima kasih.

0 comments: