Friday, January 15, 2010

Makan Malam bersama Y.B. Datuk Seri Noh Omar

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |



Pada 14 Januari 2010, satu majlis makan malam rakyat Malaysia di Jakarta bersama Y.B. Datuk Noh Omar telah diadakan di Hotel Mulia, Jakarta. Kedatangan Y.B. Datuk Noh Omar ke Indonesia adalah dalam rangka kunjung hormat kepada Menteri Pertanian Indonesia serta Menteri Kelautan Dan Perikanan Indonesia.

Perjumpaan dengan kedua-dua menteri ini bertujuan untuk membincang pelbagai isu pertanian kedua buah negara. Antaranya adalah pembincangan mengenai industri
Seaweed atau Rumpai Laut. Selain itu industri ikan hiasan turut menjadi perhatian disebabkan industri ini semakin mendapat tempat di pasaran tempatan dan antarabangsa.

Seramai 100 orang pelajar Malaysia dari seluruh Universiti di Jakarta telah hadir untuk memeriahkan lagi majlis makan malam tersebut. Majlis bermula dengan ketibaan tetamu kehormat, Y.B. Datuk Noh Omar dan deligasi beliau pada pukul 9 malam. Kemudian lagu Negaraku berkumandang dan dinyanyikan oleh rakyat Malaysia dengan penuh bersemangat dan berjiwa patriotik. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul Aziz Jusoh.

Hidangan makan malam disediakan secara buffet dengan terdiri dari pelbagai jenis lauk pauk. Setelah selasai menjamu selera, Y.B. Datuk Noh Omar telah memberikan ucapan kepada para hadirin. Dalam ucapannya, beliau memberikan penjelasan dan maklumat tentang pelbagai isu yang terjadi di Malaysia. Antaranya ialah isu penggunaan kalimah Allah. Beliau menegaskan, penggunaan kalimah Allah adalah mutlak untuk agama Islam di Malaysia sahaja karena ia telah pun terkandung di dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia. Tambah beliau lagi, di dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia perkara 3 ayat 1 menyatakan bahawa Islam ialah agama perseketuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan(Malaysia).

Majlis makan malam selesai pada pukul 11 malam dan tetamu kehormat, Y.B. Datuk Noh Omar serta deligasi berangkat pulang ke hotel untuk beristirehat. Beliau dan deligasi akan meneruskan lawatan ke Sulawesi pada keesokan harinya.

2 comments:

DSK said...

tahniah dan terima kasih di atas pengendalian program yang cukup kemas dan menarik... blajar rajin2 ye...

Mohd Rizal said...

Terima kasih. Sampai jumpa.