Friday, March 12, 2010

Kepemimpinan Pelajar dan KPT

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Satu pertemuan antara kepemimpinan pelajar Malaysia di Jakarta dengan wakil dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia telah diadakan pada 10 Mac 2010 yang lalu.

Prof Dr Rujhan B Mustafa, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia merupakan VIP terhormat yang hadir pada malam tersebut. Hadir sama adalah YBhg Datuk Dr Junaidy B Abu Bakar, Pengarah MSD Indonesia, En Jazman Azi Jamaluddin, Pengarah JPA Indonesia, dan Pn Nor Uyon Bt Shoib, Pengarah MARA Indonesia.

Sebelum majlis makan malam, majlis dimulai dengan ucapan wakil pelajar dan tetamu kehormat. Saudara Mohd Rizal Abd Rahman, Presiden Kelab UMNO Jakarta telah mewakili kepemimpinan pelajar untuk berucap berkongsi mengenai susah senang para pelajar Malaysia di Indonesia, khususnya mereka yang menuntut di Jakarta.

Selain menyentuh tentang kelebihan pelajar yang sentiasa dilatih kemahiran insan mereka menghadapi pelbagai cabaran hidup di Jakarta, diakhir ucapan beliau, saudara Rizal juga menggesa agar pihak KPT membantu menyelesaikan masalah visa dan permit re-entry pelajar Malaysia di Indonesia yang masih belum selesai sempurna sekian lama.

Dalam ucapan Prof Dr Rujhan, beliau memberi jaminan bahawa KPT melalui MSD Indonesia akan terus memantau untuk memberikan yang terbaik kepada penuntut Malaysia di sini. Mengambil contoh isu visa, masalah yang sering dihadapi bagi merealisasikan persetujuan yang dicapai adalah autonomi yang terlalu besar di Indonesia. Ini mengambil masa untuk diimplantasikan, dan insyaAllah dalam pertemuan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia yang bakal berlangsung tidak lama lagi, KPT akan menyarankan agar perkara ini sekali lagi ditekan.

Prof Dr Rujhan turut mengulas tentang keadaan ekonomi di tanah air yang kini bertambah baik dan membanggakan, hasil usaha dan keseriusan YAB Datuk Seri Najib dalam mentadbir negara. Atas prinsip, "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan", Malaysia kini menjadi negara yang fast-acting dalam pelbagai segi pentadbiran dan pelaksanaan.

0 comments: