Thursday, April 22, 2010

Pelancaran Laman Web Rasmi Bandung Games 2010

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Layari www.bandunggames.com/ untuk mengikuti perkembangan Temasya Bandung Games 2010 yang bakal diadakan Oktober 2010 nanti.

PUTRAJAYA, 21 April - Pelancaran Laman Web Bandung Games yang berlangsung semalam dikatakan berjaya dengan kehadiran ramai vip dan pengunjung. Perasmian tersebut telah berlangsung di Lobi Menara KBS pada pukul 3.30 hingga 5 petang dan telah dirasmikan oleh YB Dato' Ahmad Shabery Cheek, Menteri Belia & Sukan merangkap Pengerusi Biro Kelab UMNO Luar Negara. Turut hadir adalah Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tan Sri Dai' Bachtiar.

Kata beliau pada program tersebut, program ini sangat unik kerana melibatkan 2 negara iaitu Malaysia-Indonesia yang serumpun dan nilai tradisi yang hampir sama. Program ini juga dikatakan dapat merapatkan lagi hubungan antara 2 negara yang telah lama terjalin, ujar beliau kepada hadirin dan juga Duta Indenesia ke Malaysia yang turut hadir pada upacara tersebut.

Kata beliau lagi, program ini akan melibatkan hampir seluruh pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Indonesia. 'Sukan ini dianjurkan untuk membolehkan kira-kira 6,000 pelajar kita yang belajar di 17 daerah di Indonesia berkumpul dan merapatkan hubungan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Program Bandung, En. Azizuddin dan juga semua AJK yang terlibat.

Wakil dari Kelab UMNO Jakarta, saudara Mohd Izzun Nasheef turut hadir pada majlis pelancaran tersebut dan berharap Karnival Jakarta dan Bandung Games 2010 akan menjadi satu kejayaan serta mampu menjadi acara kebanggaan yang dinanti-nanti oleh pelajar Malaysia di seluruh Indonesia.

0 comments: