Sunday, May 30, 2010

AGM KUJ 2010

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Mesyuarat Agung Kelab UMNO Jakarta bakal diadakan pada tanggal 6hb Jun 2010, Ahad bertempat di Ballroom Hotel Nikko, Jakarta (sebelah Plaza Indonesia).

Selain pembentangan aktiviti tahunan, Mesyuarat Agung juga akan menjadi medium untuk para ahli menyumbang idea ke arah memantapkan lagi KUJ pada masa akan datang.

Mesyuarat akan disusuli dengan Pelantikan Majlis Tertinggi (Bendahari, Ketua Penerangan) serta AJK (Pengerusi Tetap, dan Juru Audit) Kelab UMNO Jakarta bagi sesi 2010/2012.

Bagi melancar proses pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, sebuah pilihan raya akan dilakukan untuk jawatan tersebut bagi sesi kepimpinan Kelab UMNO Jakarta tahun 2010/2012.


Berikut adalah tarikh-tarikh berkaitan Pilihan Raya KUJ.

27-30 Mei 2010:
Penamaan Calon untuk Pengerusi & Timbalan Pengerusi

31 Mei 2010:
Pengumuman Nama-Nama Calon Bertanding

1-5 Jun 2010:
Kempen para calon

6 Jun 2010 (Selesai AGM):
Pengundian, Pengiraan Undi & Pengumuman Hasil


Syarat-syarat Pencalonan Pengerusi & Timbalan Pengerusi Kelab UMNO Jakarta bagi sesi 2010/2012

-Calon adalah ahli Kelab UMNO Jakarta.
-Calon dikehendaki menyertakan sekeping gambar berukuran pasport.
-Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang & seorang penyokong.
-Mereka yang berminat boleh mengemail nama, universiti, dan alamat email ke agm.kuj@gmail.com
-Borang pencalonan akan diemail kepada setiap calon & harus dikembalikan sebelum jam 20.00 WIB tanggal 30 Mei 2010.

Pihak SPR berharap para pelajar dapat berpartisipasi dalam menjayakan Pilihan Raya Kelab UMNO Jakarta yang julung-julung kali diadakan ini.

MINTA KERJASAMA SEMUA UNTUK MEREKA YANG BERMINAT MENCALONKAN DIRI SENDIRI ATAU RAKAN.

0 comments: