Ahad, 25 Aug 2008- Alhamdulillah seramai 35 pelajar baru tajaan JPA telah selamat sampai ke bumi Jakarta awal pagi tadi. Pelajar baru yang masing-masing akan menuntut pengajian di Univ. Trisakti dan juga Univ. Kristen Krida Wacana disambut di Bandara Sukarno Hatta oleh pegawai JPA Indonesia, En Jazman, bapa angkat pelajar Malaysia di Jakarta, Dr Goenawan, dan juga pengerusi Kelab UMNO Jakarta, saudara Mohd Rizal.
Para pelajar kemudiannya dibawa berkumpul di suatu ruang dewan milik Dr Goenawan yang bertempat di PuloMacan Raya, Tomang, Jakarta Barat. Setibanya pelajar di sana, mereka dihidangkan dengan santapan Indonesia mereka yang pertama iaitu hidangan nasi ala Sunda.
Turut serta di majlis tersebut adalah para pelajar senior masing-masing dari Univ. Trisakti dan UKRIDA yang senang hati menyambut kedatangan adik-adik baru mereka.
Majlis diteruskan dengan taklimat ringkas oleh En Jazman sebagai wakil JPA di Indonesia. Dr Goenawan juga memberikan kata-kata aluan selain ucapan ringkas selamat datang oleh Pengerusi Kelab UMNO Jakarta, saudara Mohd Rizal dan saudara Nabieh selaku Yang dipertua Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) cawangan Jakarta.
Para pelajar baru kemudiannya beramah mesra dengan abang-abang dan kakak-kakak senior mereka sebelum diiringi ke tempat tinggal masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kelab Umno Jakarta
Kelab UMNO Luar Negara Cawangan Jakarta (KUJ) merupakan salah satu daripada 11 Kelab UMNO Luar Negara yang terdapat di republik Indonesia. KUJ telah ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 15 Oktober 1988 di Wisma Malaysia. Majoriti ahli terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran mereka di Jakarta.
Banyak aktiviti atau program yang telah dijalankan yang bertujuan merapatkan hubungan khasnya sesama orang Melayu dan Bumiputera tidak kira apa jua perbezaan lain pada diri masing masing. Walaupun KUJ merupakan sebuah kelab yang berada di bawah naungan sebuah parti politik, namun aktiviti kelab ini tidak terikat kepada urusan yang bercorak politik semata-mata, tetapi lebih kepada perpaduan bangsa Melayu dan Malaysia di perantauan. Sesuai dengan organisasinya yang berbentuk kelab, KUJ sentiasa akan mengadakan program-program yang bersifat kebajikan, sosial, dan silaturrahim.
Aktiviti KUJ 2010
Majlis Tertinggi KUJ

Pengerusi:
Muhammad Hamidie B. Saari (Univ. Prof.Moestopo)
Email : meedie89@gmail.com
No.Hp : +6287882651890
Timbalan Pengerusi:
Muizzuddin B. Ali (UKRIDA)
Email : uie0109@yahoo.com
No.Hp : +6287882269120
Setiausaha :
Norfarizza Bt. Khairil Anuar (Univ.Prof.Moestopo)
Email : secret_riz89@yahoo.com
No.Hp : +6281806701370
Bendahari:
Ameerah Nabilah Bt Azhar Hilmy (Univ. Trisakti)
Email :amee_emerald@yahoo.com,
No.Hp :+6281806772343
Ketua Penerangan:
Zazarida Bt. Zakiman (UI)
Email : zazaridazakiman88@gmail.com
No.Hp : +6281932808977
Saranan & Pendapat
Blog Archive
Aktiviti KUJ
Hubungi Kami
Surat-menyurat:
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com
Jl Way Seputih 2, No 2,
Kompleks Pengairan,
11470 Tg Duren Selatan,
Jakarta.
E-mail: kelabumno_jakarta@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment