Tuesday, September 2, 2008

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia kali ke 51

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Jakarta, 31 Ogos 2008- Seluruh warga Kelab UMNO Jakarta ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan kali ke 51. Semoga bahtera Malaysia yang kini telahpun belayar selama 51 dengan jayanya akan dapat diteruskan belayar dengan megah demi mencapai matlamat sebagai negara maju yang aman makmur dari segala aspek.

Rakyat Malaysia di seluruh dunia menyambut dengan bangga Hari Kebangasaan negara kali ke 51. Ia merupakan satu tarikh keramat mengimbau kembali kemerdekaan yang dikecapi selepas hampir 500 tahun dijajah.

Sambutan di Jakarta tidak kurang meriahnya. Seluruh warga Malaysia yang berada di Jakarta telahpun dijemput oleh pihak kedutaan untuk hadir di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta bagi sama-sama meraikan ulangtahun hari bersejarah tersebut.

Majlis yang dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu tema hari kebangsaan 'Perpaduan Teras Kejayaan' telah dihadiri oleh kira-kira 300 orang rakyat Malaysia yang berada di Jakarta. Selepas nyanyian serta bacaan ikrar, majlis diteruskan dengan jamuan dan persembahan menarik.

Hampir 150 orang pelajar telahpun hadir ke majlis tersebut. Selain memupuk semangat kebangsaan yang tinggi, para pelajar yang juga majoritinya adalah pelajar-pelajar baru mengambil kesempatan tersebut sebagai lawatan rasmi mereka yang pertama ke kedutaan Malaysia di Jakarta.

Para pelajar juga mengambil bahagian dalam persembahan-persembahan seperti nyanyian koir lagu patriotik, lakonan serta karaoke.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Yang Terutama Dato' Zainal Abidin Zain, Duta Besar Malaysia ke Republik Indonesia serta isteri, Timb. Duta, En. Amran, Presiden Malaysian Club Jakarta, En. Hazmi Hussain, dan Pengerusi Kelab UMNO Jakarta, saudara Mohd Rizal Abd Rahman.

0 comments: