Saturday, September 13, 2008

Sahur on the Road in Kemang, Promosi The King's Corner, Manchester United VS Liverpool di layar besar!

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


September 13, Kemang, Sahur On The Road!

Pada malam ini program mengumpul dana hasil dari jualan amal bunga ros dan beberapa cenderahati lain akan diteruskan di sekitar kawasan Kemang, Jakarta Selatan. Booth Sahur On the Road ini akan didirikan khas dihadapan restoran masakan Malaysia, The King's Corner.

Selain daripada program jualan amal cenderahati, turut diadakan Ujian Tekanan Darah dan Glukosa, persembahan-persembahan pelajar untuk memeriahkan lagi suasana. Program jualan amal ini akan bermula kira-kira sekitar jam 8 malam.

Sempena dengan program ini, pihak restoran The King's Corner yang merupakan antara penaja program Sahur on the Road di Kemang juga akan memberi discount istimewa kepada para pelajar Malaysia yang berkunjung ke restoran mereka hari ini. Paket istimewa berbuka puasa, discount-discount lain dengan pemberian kad pelajar istimewa turut akan diadakan pada malam ini.

Restoran mewah yang berkonsep cafe-resto-bistro ini adalah antara yang terbaru di Jakarta dan menyediakan hidangan-hindangan masakan Malaysia yang sangat menarik dan enak. Khusus pada malam ini, selain discount dan paket khas pelajar, pelajar Malaysia juga akan diberikan kad ahli dengan tawaran istimewa.

Marilah ramai-ramai untuk datang ke The King's Corner bagi majlis berbuka puasa bersama-sama pada malam ini. Selain anda boleh mengikuti perjalanan program Sahur on The Road, perlawanan English Premier League antara team gergasi Liverpool dan Mancherster United juga dapat ditonton di sana melalui layar besar. Semua peminat dijemput hadir bagi memeriahkan suasana!

0 comments: