Badan Perhubungan Negara Indonesia, Kelab UMNO Luar Negara
Yogyakarta, 14 November 2008- Mesyuarat rasmi pertama Badan Perhubungan Negara Indonesia (BPN Indonesia) telah diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama seluruh cawangan Kelab UMNO Luar Negara di Indonesia.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi BPN Indonesia yang baru iaitu saudara Feendi Fauzi Yap (KULN Bandung) turut dihadiri oleh pengerusi-pengerusi dan wakil Kelab UMNO Luar Negara dari 9 cawangan iaitu Jakarta, Surabaya, Malang, Bandung, Palembang, Jambi, Padang, Makassar, dan Yogyakarta (kecuali Medan dan Pekan Baru).
Antara agenda utama yang dibincangkan adalah strategi mengmaksimumkan peranan BPN Indonesia dan KULN cawangan di seluruh Indonesia. Dalam ucapan saudara Feendi, beliau menyentuh tentang harapan untuk setiap cawangan supaya sentiasa bersatu padu serta dalam masa yang sama berusaha meningkat peranan Kelab UMNO di cawangan masing-masing bersesuaian dengan perlembangan dan objektif penubuhan Kelab UMNO Luar Negara di seluruh dunia.
Turut diselitkan dalam mensyuarat tersebut adalah proses pemilihan jawatankuasa baru BPN Indonesia. Melalui kesepekatan setiap pengerusi dan wakil yang hadir, berikut adalah senarai jawatankuasa baru BPN Indonesia:
Pengerusi:
Mohd Feendi Mohd Fauzi Yap (KU Bandung)
(Dilantik oleh Datuk Seri Shafie Apdal)
Timbalan Pengerusi:
Bakal dilantik dari salah satu cawangan dari Sumatera
(Dilantik oleh Datuk Seri Shafie Apdal)
Setiausaha
Mohd Rizal Abd Rahman (KU Jakarta)
Bendahari
Mohd Hafiz Hashim (KU Yogyakarta)
Ketua Penerangan
Mohd Firdaus Izzani Ibne Walid (KU Surabaya)
Semoga nafas baru BPN Indonesia akan dapat memberi impak positif kepada setiap cawangan KULN di seluruh Indonesia. Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment