Monday, December 1, 2008

Kelab UMNO Jakarta

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Laporan Lawatan Setiausaha I Kelab UMNO Luar Negara, YB Dr Datuk Adham Baba ke Jakarta

Pada 23 November 2008, Kelab UMNO Jakarta (KUJ) menganjurkan majlis pertemuan Yang Berhormat Datuk Dr. Adham Baba bersama ahli jawatankuasa KUJ di ruang mesyuarat Restoran King’s Korner, Kemang. Majlis ini dihadiri oleh semua ahli jawatan kuasa tertinggi Kelab UMNO Jakarta bersama Dr Junaidi (Pengarah JPMI). Majlis ini dianjurkan adalah untuk meraikan kedatangan Datuk sekaligus beramah mesra sesama ahli jawatankuasa KUJ.

Dalam pertemuan tersebut, Yang Berhormat Datuk mengingatkan semua ahli jawatankuasa agar terus berkerja kuat demi membantu memperkukuh semangat bangsa Melayu dalam memperjuangkan bangsa terutama kepada golongan-golongan professional yang berada di luar negara khususnya di Jakarta. Beliau berpesan agar kita terus tabah menghadapi segala ujian yang timbul .

Beliau juga mengingatkan kepada para pemimpin terutamanya, agar menjadi seorang pemimpin yang baik iaitu seorang pemimpin yang sentiasa sensitif dengan keadaan sekeliling dan selalu bersedia menangani segala permasalahan yang timbul.

Kira-kira jam 1.00 petang, rombongan Datuk bergerak ke Kedutaan Besar Malaysia untuk menghadiri majlis suai kenal pelajar-pelajar angkatan 2008, anjuran Persatuan Pelajar-pelajar Kebangsaan Malaysia di Indonesia Cawangan Jakarta(PKPMI-CJ). Majlis bermula dengan perasmian oleh Yang Berhormat Datuk.

Dalam majlis ini, KUJ turut memperkenalkan sejarah kelab dan mengajak pelajar-pelajar baru untuk bergabung bersama menjadi ahli. Majlis selesai kira-kira pukul 5.00 petang.

SITI NUR FATHIAH AR
Setiausaha I
Kelab UMNO Jakarta

0 comments: