Sunday, January 25, 2009

Lawatan Dato' Mustapa Mohamed

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Makan Malam Bersama Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Mustapa Mohamed

Pada 22 Januari 2008 yang lalu, satu majlis makan malam rakyat Malaysia di Jakarta bersama Menteri Pertanian telah diadakan di Hotel Mulia, Senayan Jakarta. Kira-kira 100 pelajar Malaysia dari 5 Universiti berbeza telah hadir dalam majlis berkenaan.

Dalam ucapan Dato' Mustapa pada malam itu, beliau menegaskan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan seluruh rakyat Malaysia yang kini berada di luar negara. Beliau mengingatkan para pelajar yang hadir agar sentiasa berkerja keras untuk berjaya dalam pelajaran seterusnya kembali untuk berkhidmat dalam memajukan negara tercinta Malaysia.

Dato' Mustapa bersama rombongannya datang ke Indonesia dalam rangka lawatan kerja selama kerja tujuh hari bagi meninjau potensi yang boleh diterokai oleh pelabur Malaysia serta mempelajari kepakaran di dalam beberapa bidang pertanian yang relevan dengan keperluan negara.

Turut serta dalam delegasi 12 pegawai kementerian itu ialah Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Junaidi Che Ayub; Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar, Datuk Abd Aziz Jamaluddin dan Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Mustafa Ahmad.

0 comments: