Tuesday, February 24, 2009

Ada doktor tidak bercakap dengan pesakit: Liow

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

PETIKAN DARI BERITA HARIAN - 23 Februari 2009

Komunikasi antara doktor dan pesakit merupakan
elemen penting dalam mendiagnosa sesuatu penyakit



PUTRAJAYA: Ada doktor kerajaan yang didapati tidak langsung berkomunikasi dengan pesakit apabila merawat pesakit di hospital dan klinik, sehingga menimbulkan rungutan orang ramai.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, sehingga Januari lalu, terdapat 34 aduan yang diterima kementerian itu daripada Biro Pengaduan Awam berhubung masalah itu.

"Ada yang kurang bercakap dan ada juga yang langsung tidak bercakap dengan pesakit," kata selepas merasmikan Kempen Budaya Korporat dan melancarkan logo dan moto baru Kementerian Kesihatan iaitu "Kami Sedia Membantu" di sini, hari ini.

Liow berkata, sebagai doktor mereka sepatutnya mesti pandai berkomunikasi kerana perasaan pesakit juga perlu dijaga bukan semata-mata merawat penyakit.

Katanya, bagi memastikan masalah komunikasi itu dapat diatasi, beberapa pendekatan akan diusahakan kementerian, termasuk mewajibkan kursus komunikasi untuk semua kakitangan hospital.

"Saya harap dengan moto baru, tiada lagi aduan orang ramai terhadap kakitangan kementerian," katanya.
Liow berkata, Kementerian Kesihatan juga sedang mengkaji cadangan untuk menambah bilangan Klinik Kesihatan yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 9.30 malam pada hari bekerja dan 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.

"Setakat ini kementerian menerima maklum balas yang baik daripada orang awam dan ada juga yang meminta kita lanjutkan perkhidmatan sehingga 10.30 malam," katanya.

Kini terdapat 16 Klinik Kesihatan di seluruh negara. - Bernama

0 comments: