Thursday, February 19, 2009

Dialog bersama Kementerian Kesihatan Malaysia

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Khamis, 12 Februari 2009 – Satu sesi dialog pelajar-pelajar Malaysia bersama wakil Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan di Rumah Makan Padang Sederhana, Cikini Jakarta Pusat.

Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Y.Bhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Bin Radin Sohadi; Timb. Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah; Pengerusi Majlis Dekan-Dekan Perubatan Malaysia, Professor Dato' Nik Mohd Nasri Nik Ismail; Pengarah Bahagian Pengurusan & Pembangunan Akademik Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Dr. Rujhan, Dr Junaidi Abu Bakar dan En Rosli Sakimin.

Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pelajar tentang apa yang bakal dilalui oleh pelajar perubatan setelah menamatkan pengajian di Indonesia nanti.

Dalam sesi soal jawab tersebut, Datuk Dr. Noor Hisham memberitahu tentang peluang yang ada bagi seseorang doktor untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang lebih tinggi seperti master, pakar maupun PHD.

Beliau turut memberikan sedikit gambaran kepada pelajar-pelajar tentang apa yang akan dihadapi ketika menjalani tempoh housemanship selama 2 tahun di hospital-hospital kerajaan sebelum bergelar ‘medical officer’.

Untuk pengetahuan umum, Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah merupakan seorang daripada 15 orang pakar Bedah Payudara-Endokrin yang ada di Malaysia.

Selain daripada itu, Dato' Nik Mohd Nasri Nik Ismail mengingatkan pelajar-pelajar supaya meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa pertuturan sehari-hari antara doktor dan juga pesakit selain daripada Bahasa Malaysia.

Sesi dialog ini tamat pada pukul 10 malam setelah berlangsung hampir 2 jam dan pertemuan diakhiri dengan acara bersalaman dengan para tetamu kehormat.




0 comments: