Friday, February 13, 2009

Facebook Group KULN

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Berita baik bagi seluruh ahli Kelab UMNO Luar Negara di seluruh dunia!

Bagi memantapkan lagi hubungan antara semua ahli KULN dari seluruh pelusuk dunia, anda kini boleh berkongsi cerita dan pengalaman masing-masing, berkongsi video dan gambar, serta mengetahui update-update terbaru tentang aktiviti kelab-kelab UMNO seantero dunia melalui Group Facebook: Kelab UMNO Luar Negara.

Selepas baru 5 hari dilahirkan, kini sudah lebih 110 ahli KULN yang ikut serta sebagai ahli Group Facebook KULN dan diharapkan pada masa akan datang kita akan dapat mengumpulkan seramai mungkin ahli KULN dalam satu laman!

Semoga dengan kelahiran Group Facebook: KULN ini ia akan dapat memantapkan lagi peranan KULN di seluruh dunia khususnya dalam mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia di luar negara.

0 comments: