Sunday, March 8, 2009

Lawatan Pelajar UMS ke Jakarta

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Pada tanggal 26 Februari hingga 3 Mac 2009 yang lalu, satu rombongan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah(UMS) telah mengadakan lawatan ke Jakarta dalam usaha untuk membina serta mengeratkan hubungan mahasiswa Malaysia dan Indonesia. Deligasi yang dianggotai seramai 20 orang pelajar UMS ini di ketuai oleh Cik Nor Shuhada Kareem. Program yang diberi nama Program Titian Integrasi Mahasiswa ini rata-rata dianggotai oleh bekas pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) UMS.

Dalam rangka lawatan tersabut, mereka sempat melakukan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia serta mengadakan sesi pertemuan singkat bersama Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia(JPMI), Dr Junaidy bin Abu Bakar.

Selain daripada itu mereka juga berkesempatan untuk melawat destinasi menarik di Jakarta seperti Taman Mini Indonesia, Monumen Nasional(MONAS), dan Ancol sambil membeli-belah di Tanah Abang dan Mangga Dua. Bagi melengkapkan lawatan mereka ke Jakarta, Bandung merupakan destinasi yang tidak ingin dilepaskan. Antara lokasi yang menjadi pilihan adalah Tangkuban Perahu, Strawberry Farm, Rumah Mode dan Jalan Riau.

Sebelum berangkat pulang ke Sabah, satu sesi dialog telah diadakan bersama pimpinan pelajar dari Jakarta yang di ketuai oleh Yang Di pertua PKMPI-CJ, Ahmad Nabieh Abqory bin Rahmat; Pengerusi KUJ, Mohd Rizal bin Abd Rahman dan Timbalan Pengerusi KUJ, Mohd Khairul Anwar B Adan. Antara perkara yang dibincangkan adalah bagaimana meningkatkan penglibatan pelajar dalam program-program yang dianjurkan, idea-idea program yang menarik serta bermanfaat yang boleh dianjurkan, berkongsi pengalaman dan bertukar pandangan.

Pada hari terakhir lawatan, mereka telah mengadakan lawatan ke Universitas Trisakti bersama Ketua Penerangn KUJ, Mohd Safuan B Mohamed untuk melihat sendiri suasana kampus di Indonesia. Rombongan ini berangkat pulang ke Kota Kinabalu dengan pesawat Air Asia pada pukul 5 petang dari Bandara Soekarno Hatta.

Kesempatan ini KUJ mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan kepimpinan Program Titian Mahasiswa serta berharap hubungan yang diwujudkan akan terus berkekalan. Akhir kata KUJ mengucapkan selamat maju jaya dalam dalam segala bidang yang diceburi.

1 comments:

miashuhada said...

Salam...

Pertama dan buat sekian kalinya Su ucapkan bebanyak2 terima kasih kepada semua yang banyak membantu dalam menjayakan program ini..tak tersebut nama sebab ramai sangat...

Juga buat Rizal...thank a lot kerana membantu dan bersama2 kami sepanjang program...Jasamu dikenang

sayonara
Sampai berjumpa lagi..