Sunday, March 1, 2009

PM tiba di Jakarta

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

JAKARTA 1 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di sini hari ini bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) kelima, mulai Isnin.

Abdullah tiba pukul 6.15 petang bersama Datin Seri Jeanne Abdullah di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma, Jakarta.

Beliau tiba dari Hua Hin, Thailand setelah menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-14.
Perdana Menteri dijangka menyampaikan ucaptama pada forum dua hari itu.

Sumber- Utusan Malaysia

0 comments: