Thursday, September 10, 2009

Terkini

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


KENYATAAN AKHBAR DARIPADA MENTERI LUAR NEGERI BERKENAAN KEADAAN DI REPUBLIK INDONESIA

Kerajaan Malaysia melahirkan rasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak di Republik Indonesia yang sengaja mencetuskan perselisihan di antara rakyat Malaysia dan Republik Indonesia. Tuduhan daripada beberapa pihak media Indonesia serta tindakan-tindakan berkaitan seperti operasi mencari dan menghalau orang Malaysia dari Indonesia, membakar bendera Malaysia, serta demonstrasi di depan Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di Indonesia telah membangkitkan kontroversi serta tanggapan negatif rakyat kedua negara yang mungkin akan merenggangkan hubungan dua hala yang sekian lama terjalin.

Kementerian Luar Negeri meminta Kerajaan Republik Indonesia agar mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dapat dipelihara dan memastikan tindakan agresif beberapa pihak pelampau di Indonesia ini dapat dibendung dengan segera.

Dalam hal ini, pada 9 September 2009 Y.B. Datuk Anifah Aman, Menteri Luar Negeri telah memanggil T.Y.T. Tan Sri Jen. (B) Da’i Bachtiar, Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, untuk menyatakan pendirian Malaysia berkenaan isu konflik yang telah mengakibatkan kepincangan di dalam hubungan dua hala kedua negara. T.Y.T. Duta Besar Republik Indonesia telah pun menghubungi Menteri Luar Negeri Republik Indonesia dan Ketua Polis Republik Indonesia, dan pihak Indonesia memaklumkan bahawa tindakan yang sewajarnya akan diambil untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian rakyat Malaysia di Indonesia. Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan terus mengawasi dan memantau situasi di Indonesia dan akan melaporkan sebarang kejadian .

Sehubungan dengan ini, Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta telah menubuhkan Bilik Operasi bagi orang ramai, khususnya rakyat Malaysia yang berada di Republik Indonesia, untuk melaporkan kes-kes sekiranya berlaku. Bilik-bilik Operasi tersebut boleh dihubungi melalui:

Bilik Operasi Kementerian Luar Negeri, Putrajaya

Tel. : 03-88892746 / 03-88874750

Bilik Operasi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta

Tel. : +6221-5224947 / +6221-5224971

KEMENTERIAN LUAR NEGERI

PUTRAJAYA

9 SEPTEMBER 2009

Sehubungan dengan itu, bagi pelajar yang mengalami apa-apa kesulitan, anda bolehlah menghubungi terus kepada:

1. Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Indonesia, Dr Junaidy Abu Bakar (081808811111), atau

2. Ketua Kelab UMNO Jakarta, saudara Rizal Abd Rahman (08179143265) atau

3. Exco-exco khas universiti:

Univ. Trisakti (Ameerah +6281806772343),

Univ. UKRIDA (Ahmad Ikmal Rasah +6285921486757),

Univ. Islam Negeri (Firdaus +6287878186909).

0 comments: