Monday, September 7, 2009

SOTR09

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


SAHUR ON THE ROAD 2009

Sempena bulan Ramadhan ini Kelab UMNO Jakarta sekali lagi meneruskan program tahunan kami, iaitu program Sahur On The Road, sebuah program kebajikan di mana kami berusaha mengumpulkan dana derma buat fakir miskin.

Selain derma dalam bentuk wang, kami juga mengumpulkan pakaian terpakai untuk tujuan menderma kepada orang homeless jalanan dan rumah anak-anak yatim. Sebahagian wang derma juga akan digunakan untuk majlis berbuka puasa bersama anak yatim dan program membeli dan mendistribusi bekalan sahur untuk orang homeless sekitar kota Jakarta.

Berkat sokongan positif ramai pihak tentang program ini, pada tahun ini penganjuran Sahur On The Road dibuat dengan skala yang lebih besar. Selain penglibatan para pelajar Malaysia di Jakarta, program tahun ini juga bakal melibatkan seluruh komuniti rakyat Malaysia di Jakarta termasuk Kedutaan Besar Malaysia. Selain itu, kami juga berusaha untuk mendapatkan penglibatan individu-individu yang ingin menderma secara persendirian dari Indonesia maupun Malaysia.

Sehubungan dengan itu, kami ingin mengajak tuan/puan untuk turut serta menjayakan program ini. Bagi mereka yang berada di Indonesia, anda boleh menghubungi saudara Rizal Abd Rahman di talian +628179143265 untuk maklumat lanjut.

Kami juga ingin membuka peluang bagi mereka yang di Malaysia untuk sama-sama menjayakan program ini. Dana derma tuan puan akan kami usahakan untuk disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Anda boleh memasukkan dana derma anda melalui akaun bendahari program:

INDONESIA

Nama Pemegang Akaun : Khairunnisa Bt Md Zin
Bank : Bank Negara Indonesia (BNI)
Cawangan : UI, Depok
No Akaun : 0111-370-341

MALAYSIA

Nama Pemegang Akaun : Mohd Rizal B Abd Rahman
Bank : Maybank
No Akaun : 1570 9104 1724

Keprihatinan tuan puan dalam menjayakan program ini sangatlah kami hargai. Saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Semoga tuan puan akan sentiasa dirahmati tuhan.

0 comments: