Thursday, November 19, 2009

Wacana 1Malaysia

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |


Pada tanggal 17 November 2009 yang lepas, satu program sesi dialog yang bertajuk ‘Menangani Demokrasi Dalam Era Globalisasi’ bersama Prof. Dato’ Dr. Muhammad Abu Bakar telah diadakan di Hotel Manhattan, Jakarta. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI), Datuk Dr. Junaidy Abu Bakar, Warden Wisma Malaysia, En. Azman B. Mahmood, Pengerusi Kelab UMNO Jakarta, Saudara Rizal Abd Rahman, NYDP PKPMI-Pusat, Saudara Nabieh, YDP PKPMI-CJ, Saudara Zailani beserta barisan kepemimpinan Kelab UMNO Jakarta (KUJ) dan PKPMI.

Majlis dimulai tepat jam 7 malam dengan acara makan malam. Setelah itu, para tetamu berkumpul di ruang sidang hotel tersebut untuk sesi dialog bersama Prof. Dato’ Dr Muhammad Abu Bakar.

Sesi dialog tersebut dipimpin sendiri oleh Pengarah JPMI, Datuk Dr Junaidy dengan ucapan mengalu-alukan kehadiran Prof. Dato’ Dr Muhammad Abu Bakar. Serba sedikit mengenai biodata penceramah ialah beliau merupakan seorang profesor yang bertugas di Universiti Malaya, mantan penyandang kerusi Tun Abdul Razak di Ohio, USA. Selain itu beliau juga berpengalaman luas dalam bidang politikal mahasiswa serta mempunyai kepakaran luas dalam bidang hubungan antarabangsa dan globalisasi.

Sesi dialog yang diterajui oleh beliau berlangsung selama sehingga kira-kira 2 jam. Banyak inti menarik yang telah didapati dari sesi dialog tersebut.

Antara 3 intipati utama yang beliau telah sentuh dalam sesi dialog tersebut iaitu berkaitan epistemologi, ontologi serta materiologi. Pembahasan secara menyeluruh tentang maksud serta konsep globalisasi dan cara untuk menangani demokrasi dalam era globalisasi dimana beliau telah mengibaratkan globalisasi itu ibarat ‘penerpaan air laut yang masin ke dalam air sungai yang tawar’.

Majlis kemudian dilanjutkan dengan sesi soal jawab bersama para peserta.
Majlis tersebut diakhiri dengan sesi fotografi barisan kepimpinan mahasiswa di Jakarta bersama Prof. Dato’ Dr Muhammad Abu Bakar.




0 comments: