Saturday, January 2, 2010

Al-Fatihah

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-72, Isnin ini, meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara di sini, semalam. Bekas Setiausaha Agung Umno itu meninggal dunia dalam tidur dan kematiannya disedari isteri beliau, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, kira-kira jam 8 pagi.

Allahyarham yang mesra dengan panggilan Tok Mat dan berasal dari Johor Bahru, meninggalkan tiga anak serta lima cucu. Pemimpin veteran Umno itu menjadi Menteri Penerangan sebanyak dua kali, iaitu dari 1978 hingga 1982 ketika kepemimpinan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn dan dari 1987 hingga 1999 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Allahyarham yang memulakan kerjaya sebagai guru di King Edward VII School, Taiping, Perak pada 1963, pernah berkhidmat sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia bertaraf Menteri dari 1982 hingga 1984. Allahyarham juga merupakan bekas mahasiswa Universitas Indonesia. Untuk pengetahuan semua, Allahyarham merupakan pencetus idea kepada tertubuhnya Kelab Umno Jakarta pada tahun 1988.

Marilah kita sedekah surah Al-Fatihah kepada Allahyarham. Semoga Allahyarham ditempat di dalam golongan orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT. Al-Fatihah.

Sumber: http://www.bharian.com.my

0 comments: