Wednesday, July 14, 2010

Indonesia Open 2010

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |




Kelab UMNO Jakarta amat berbangga atas kejayaan Datuk Lee Chong Wei yang mempertahankan kejuaraan Terbuka Indonesia setelah menumpaskan pemain tuan rumah Taufik Hidayat dengan 21-19 dan 21-8 di stadium tertutup Istora Senayan, Jakarta.

Turut hadir bersama-sama kami adalah pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta yang tanpa jemu memberikan sokongan padu kepada pemain negara sepanjang perlawanan berlansuung. Semangat mengibarkan jalur gemilang dan laungan slogan Malaysia boleh tidak putus-putus kami berikan walaupun diejek dan di boo oleh penyokong dari tuan rumah sendiri.

Permainan yang kemas dan cantik dari Datuk Lee Chong Wei tidak dapat diatasi oleh Taufik Hidayat dan terpaksa akur dengan kehebatan yang ditunjukkan oleh pemain negara itu. Kendatipun begitu, warga tempatan tidak putus-putus memberikan semangat buat Taufik Hidayat.

Kelab UMNO juga diberi penghormatan apabila dapat betemu dengan jurulatih Datuk Lee Chong Wei sendiri, Rashid sidek untuk mengucapkan tahniah atas kejayaan yang diraih dan berkesempatan untuk mengajukan sesi tanya jawab kepada beliau. Apa yang diberitahukan kpd kami adalah ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas sokongan yang diberikan serta menjelaskan kepada kami tentang kejohanan terbuka Malaysia yang akan diadakan dalam masa seminggu dr sekarang(27/6). Rashid juga turut menjelaskan bahawa pemain pelapis giat menjalani latihan untuk dapat berdiri sama tinggi dengan Datuk Lee Ching Wei dalam masa terdekat ini atau paling tidak tahun depan.

Marilah kita bersama2 mendoakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakan untuk kejohanan terbuka Malaysia pada minggu hadapan. Akhir kata, kami di Kelab UMNO Jakarta ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei. Semoga karier sukan jaguh-jaguh negara ini akan sentiasa bersinar. Malaysia Boleh!

Majulah Sukan Untuk Negara

0 comments: