Wednesday, July 14, 2010

Majlis Ramah Mesra TPM Malaysia di Jakarta

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Bersama TPM :: The Speech ::

Bersama TPM :: Tan Sri Muhyidin Yassin ::


Pada 28 Jun 2010, satu majlis makan malam bersama Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diadakan di Hotel Shangri La, Jakarta. Kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jakarta adalah dalam rangka kunjungan hormat kepada Wakil presiden Indonesia, Boediono untuk membincangkan beberapa isu termasuklah isu pembantu rumah dan visa pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia.

Dalam kunjungan tersebut, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyampaikan berita baik yaitu Pemerintah Indonesia telah bersetuju terhadap permintaan Kerajaan Malaysia mengenai isu visa pelajar. Mengenai isu visa 2+2+2 untuk pelajar Malaysia, beliau berkata isu ini telah diselesaikan dan berharap Indonesia dapat menyegerakan pelaksanaannya bagi mempermudahkan pelajar Malaysia di Indonesia, yang majoritinya mengambil kursus bidang perubatan. Pada masa ini, pelajar Malaysia diberikan visa selama dua tahun dan diperbaharui per tahun selama tiga kali (2+1+1+1) tetapi perlu pulang ke Malaysia dan memohon visa baru untuk satu tahun berikutnya.

Selain itu isu yang turut menjadi perhatian adalah isu pembantu rumah dimana pada masa ini digantung sementara oleh Indonesia untuk menunggu memorandum persefahaman (MOU) yang baru mengenai perkara itu. Beliau berkata, Malaysia kini masih menunggu Indonesia mengemukakan maklumat tentang struktur kos pengambilan pembantu rumah sebelum MOU baru dimeterai.

Seramai 100 orang pelajar dari beberapa universiti yang berada di sekitar Jakarta, rakyat Malaysia yang tinggal di Jakarta turut hadir bagi memeriahkan majlis. Turut hadir beberapa tetamu kehormat seperti Dato Mukhriz Mahathir dan Senator Ezam M. Nor
Acara makan malam dimeriahkan lagi dengan Kumpulan Omega yang mengiringi suasana pada malam itu dengan mendendangkan beberapa lagu. Usai acara makan malam, majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tan Sri serta sesi soal jawab bersama pelajar dan hadirin yang hadir pada malam itu.

Majlis makan malam selesai pada pukul 10 malam dan tetamu kehormat, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta deligasi berangkat pulang.
Kami di Kelab UMNO Jakarta mewakili semua pelajar-pelajar di Jakarta mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sudi meluangkan masa bersama-sama rakyat Malaysia di Jakarta dan berjaya menyelesaikan beberapa isu Negara yang berbangkit antara Malaysia-Indonesia.

Sekian.

Bersama TPM :: MT Kelab UMNO Jakarta 2010::

Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta 2010/2012

Untuk melihat lebih gambar-gambar pada malam itu,sila lawat
Bersama TPM Flickr Sets

0 comments: