Friday, July 2, 2010

Peduli Palestin : Kami Bersamamu!

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |



Video ini menunjukkan keadaan bumi Palestin yang sehingga hari ini berada dalam keadaan yang menyedihkan diseksa oleh Zionis. Berkaitan dengan kejadian yang menggemparkan dunia baru-baru ini, kapal yang dalam misi kemanusiaan untuk membekalkan Gaza dengan ubat-ubatan telah diserang dan sebilangan sukarelawan telah meninggal dunia. Antara anak kapal yang terlibat dalam misi itu adalah warganegara Malaysia sendiri, Dr. Syed Muhammad Haleem.

Kerjasama PKPMI dan KUJ dengan sokongan JPMI telah berusaha membawa satu ceramah tentang Palestin khususnya.

Berikut merupakan detail yg jelas tentang ceramah ini.

" Peduli Palestin: Kami Bersamamu! "

"Program Peduli Palestin: Kami Bersamamu!" dengan mengundang khas sukaralewan yang terlibat dalam misi menggegar dunia tempoh hari Life Line 4 Gaza (LL4G).

Dr. Syed Muhammad Haleem yang merupakan penceramah pada program perkongsian ini merupakan:

1. Pegawai Perubatan, Klinik Hikmah, Shah Alam
2. Suami dan bapa kepada 5 anak.
3. Berpengalaman:
a. Misi kemanusiaan Acheh
b. Misi kemanusiaan Pakistan
c. Misi kemanusiaan banjir di Segamat dan Pekan
d. Misi Gempa Padang
e. Sukrelawan misi kemanusiaan Gaza-Marvi Marmara.
4. Lulusan : MBBS Turki.
5. Menganggotai NGO: Ketua Biro Kemanusiaan dan Bantuan Haluan Malaysia, AJK Kelab Kesihatan Haluan.

Bersama kita sehari berkongsi dan selamanya berdemonstrasi untuk Palestin.

Butir-butir Peduli Palestin: Kami Bersamamu!
Tempat: Dewan Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia
Masa : 8.00 pagi
Tarikh : 3 Julai 2010 (SABTU)

Moga ceramah ini mendapat sambutan dan sokongan dari kita sendiri umat Islam. Terima Kasih.

0 comments: