Wednesday, September 29, 2010

2 Hari bersama Dato Shahidan Kassim

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Ketibaan ::

Pada 13 Ogos 2010, Kelab UMNO Jakarta yang diketuai naib presiden, saudara Muizzuddin bin Ali bersama beberapa orang ahlinya iaitu saudara Muhammad Naufal bin Nordin dan saudari Masliana Alias serta rakan saudara Akmal Rashid bersama-sama menyambut kedatangan Dato Seri Shahidan Kassim dan anaknya bersama abang-abang bloggers dan pemuda perkasa UMNO di Bandar Udara Soekarno Hatta, Jakarta pada jam 3.00 petang waktu tempatan. Ketibaan Dato’ Shahidan Kassim dan rombongan beliau dalam misi bantuan mangsa gempa bumi dan majlis ramah mesra bersama pelajar disambut mesra oleh Kelab UMNO Jakarta. Setelah berbual mesra bersama, kami meneruskan perjalanan menaiki 2 buah Toyota Alphard menuju Hotel Manhattan, Kuningan yang merupakan tempat istirahat Dato Seri dan rombongan.

Kami tiba di Hotel Manhattan kira-kira jam 6.15 petang. Setelah itu, Dato Seri dan rombongannya segera menyiapkan diri di kamar masing-masing bagi menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta. Kami dan Dato Seri berserta rombongan disambut baik oleh Dato Dr Junaidi, pengarah JPMI. Dalam masa yang sama, Dato Seri dan rombongan sempat menunaikan solat Isyak dan Tarawikh berjemaah di Kedutaan Besar tersebut.

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Buffet Hotel Manhattan ::
Setelah itu, Dato Seri dan rombongannya kembali ke Hotel Manhattan untuk majlis bersama-sama pelajar di Buffet House hotel tersebut. Majlis tersebut dihadiri seramai 12 orang pelajar, Kelab UMNO Jakarta dan mantan pengerusi KUJ saudara Rizal. Dalam majlis tersebut Dato Seri sempat membincangkan hal-hal semasa dan berkongsi pendapat bersama pelajar-pelajar yang hadir. Antara topik yang diutarakan adalah kes buang bayi, isu judi dan bola sepak dan tips belajar dengan cemerlang. Kemesraan dan pendekatan Dato Seri dan rombongan membuatkan kami selesa bersama mereka selama majlis tersebut. Sebelum majlis bersurai, kami sempat bergambar bersama Dato Seri sebagai tanda kenangan.

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Bersama Pelajar & Team Bloggers ::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Ke Pagalengan ::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Abg Ba'am ::

Pada 14 Ogos 2010, Dato Seri beserta rombongan, mantan pengerusi KUJ, saudara Rizal, naib pengerusi, Muizzuddin Ali, dan beberapa ajk KUJ dan pelajar bertolak dari Jakarta pada jam 10 pagi ke kawasan gempa bumi di Pangalengan daerah Bandung dalam misi bantuan mangsa gempa bumi. Rombongan kami tiba pada jam 2.30 petang. Ternyata kedatangan kami amat ditunggu-tunggu dan dialu-alukan oleh penduduk setempat yang diketuai Pak Zainal, kepala kampung tersebut. Dari anamnesis yang dilakukan, rata-rata sumber utama mata pencarian mereka adalah dengan bertani. Kami sempat menunaikan solat jamak Zohor dan Isyak secara berjemaah bersama di masjid kampung tersebut. Setelah itu, kami dan rombongan Dato Seri bersama masyarakat setempat berkumpul di masjid tempatan untuk mendengarkan sepatah dua kata dari Dato Seri. Ucapan yang diberikan Dato Seri memang banyak membantu menaikkan semangat dan keazaman hidup masyarakat setempat yang selama ini musnah akibat bencana gempa. Sebanyak Rp 10 juta diberikan kepada 2 buah masjid yang musnah sama sekali kerana gempa yang kuat. Selain itu, bantuan kewangan turut dihulurkan kepada keluarga-keluarga yang ditimpa bencana tersebut dan tidak lupa sumbangan kepada anak-anak yang hadir.

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Tiba di Pangalengan ::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Ketua Kampung & Ketua Wira Perkasa ::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Pagalengan,Indonesia ::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Sumbangan pada anak2 Pangalengan ::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Sumbangan untuk membina masjid baru::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Masjid yang dibina semula ::

Angin gunung yang sepoi bahasa seolah-olah memujuk Dato’ dan kami untuk berjalan di sekitar kampung tersebut. Masih ada runtuhan bangunan yang jelas menunjukkan betapa kuatnya impak gempa. Dalam perjalanan mengelilingi kampung tersebut yang agak berbukit, Dato Seri juga sempat memberikan sumbangan kepada warga tua yang tidak dapat hadir pada perjumpaan di masjid tadi.

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Rizal ::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: Bro Arman & Bro Nazeri ::

2 Hari Bersama Dato Shahidan Kassim :: KUJ dan Dato Shahidan Kassim ::

Pada jam 1630, kami bertolak dari Pangalengan ke kota Bandung untuk berbuka puasa namun keadaan jalan sesak menyebabkan kami berbuka puasa di dalam kereta. Kami juga sempat membeli cenderahati di kota Bandung sebagai tanda kenangan. Pada jam 2200, kami bertolak pulang ke Jakarta dan selamat tiba pada jam 0100.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dato Seri Shahidan Kassim serta rombongan yang banyak berkongsi pengalaman dan cerita selama 2 hari di Jakarta bersama kami. Pendapat dan idea serta dorongan mereka juga dapat kami ambil bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar.

Sekian, terima kasih.

0 comments: