Thursday, October 14, 2010

Laporan Sahur On The Road

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |





Pada tanggal 4 September 2010,Kelab Umno Jakarta di bawah pimpinan Muhammad Hamidie bin Saari telah mengadakan aktiviti “Sahur On The Road”.Objektif dari aktiviti ini adalah untuk memberi sedikit bantuan kepada penduduk Jakarta yang kurang berkemampuan dengan memberikan mereka sedikit bantuan makanan untuk bersahur.Aktiviti Sahur On The Road ini disertai oleh seramai 10 orang pelajar,yang terdiri daripada AJK Kelab Umno Jakarta serta pelajar yang secara sukarela membantu.Kami telah menyewa 2 buah kereta bagi memudahkan dan melancarkan aktiviti ini.Kami telah mula berkumpul pada jam 12 malam dan mula mengedarkan makanan pada jam 1 pagi.Kami telah mengedarkan sebanyak 250 bungkus makanan kepada penduduk Jakarta di sekitar daerah Grogol,Harmoni dan juga Monas.

Makanan tersebut diberikan kepada penduduk Jakarta yang kurang berkemampuan yang berda di pinggir-pinggir jalan.Dapat dilihat anak-anak kecil dan orang tua yang tidur di pinggir-pinggir jalan dan ada juga masih ada warga Jakarta ini masih bekerja menyapu sampah dan mengutip sampah di waktu pagi kerana mencari rezeki dan sesuap nasi.Dapat dilihat kegembiraan terpancar di wajah mereka apabila mendapat sedikit sumbangan makanan daripada pihak kami dan tidak henti-henti mengucapkan ribuan terima kasih.Terdapat juga anak-anak yang berebut-rebut apabila melihat kami memberikan makanan sehingga terus menyerbu ke arah kereta kami.







Pengalaman dalam menjalankan aktiviti Sahur On The Road ini bukan sahaja hanya sekadar memberi bantuan tetapi juga dapat muhasabah diri kami semua bahawa masih ada orang yang hidup dalam kemiskinan dan tidak mempunyai tempat berteduh.Maka,di bulan yang mulia ini memberi peluang buat Kelab Umno Jakarta berkongsi perasaan dan menyelami bagaimana perasaan mereka.Alhamdulillah aktiviti ini dapat berjalan lancar dan tamat pada jam 4 pagi.Setelah itu semua AJK dan sukarelawan lain bersahur bersama-sama.Harapan kami dari Kelab Umno Jakarta agar program seperti ini sentiasa diadakan pada setiap tahun .

0 comments: