Saturday, January 1, 2011

Laporan :: Malaysian Festival 2010 (PKPMI-CJ)

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Malaysian Festival 2010 :: Presiden

Pada tanggal 11 Disember 2010, Malaysian Festival (MAFEST) iaitu suatu program anjuran Persatuan Kebangsaan Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta telah berlangsung dengan meriahnya.

Acara yang bermula dari jam 15.00 WIB sehingga 22.00WIB diwarnai dengan penjualan pelbagai jenis juadah yang dirindui di Malaysia oleh pelajar-pelajar dari 5 Universitas di Jakarta dan pegawai-pegawai kedutaan pada sebelah petang.

Di kesempatan itu Kelab UMNO Jakarta telah turut membuka gerai untuk memeriahkan lagi program tersebut. KUJ dengan promosi ‘1 Ringgit,1 Portion,1 Malaysia’ telah menjual keropok lekor, cucur pisang dan cendawan goreng.

Pada sebelah malam, persembahan kebudayaan, nyayian dan lucky draw telah mengisi acara. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah YM Raja Reza Raja Zaib Shah (Penasihat Menteri) dan Dato Dr.Junaidi (Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia) dan pegawai-pegawai di Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Tahniah kepada PKPMI-CJ yang telah berjaya menjalankan Program Malaysian Festival 2010 dengan jayanya. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Malaysian Festival 2010 :: Tikot senget

Malaysian Festival 2010 :: Keropok Lekor

Malaysian Festival 2010 :: Rizz & Midie

Malaysian Festival 2010 :: Dapur Crew

Malaysian Festival 2010 :: Stall Crew

Malaysian Festival 2010 :: Emon

Malaysian Festival 2010 :: Our Banner