Wednesday, March 30, 2011

Majlis Meraikan Pak Azman

Posted by Majlis Tertinggi Kelab UMNO Jakarta |

Pada tanggal 25Mac, telah berlansungnya Majlis Perpisahan En.Azman (Warden Wisma Malaysia) yang akan berhenti berkhidmat di Kedutaan Malaysia pada tanggal 31Mac ini. Majlis ini dihadiri oleh para pemimpin pelajar dari Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia Cawangan Jakarta (PKPMI-CJ) dan Kelab UMNO Jakarta (KUJ).

Majlis yang dimulai jam 8.30malam didahului dengan bacaan doa dan seterusnya makan malam. Kemudian aturcara diteruskan dengan ucapan oleh En.Azman.

Antara isi ucapan beliau ialah beliau berbesar hati kerana diberi peluang untuk berkhidmat dibumi Jakarta dan menasihati para pelajar supaya belajar dengan baik supaya dapat mencapai cita-cita dan beliau meminta maaf atas terlanjur kata, tersalah bahasa sepanjang perkhidmatan beliau.

Majlis diakhiri dengan penghargaan oleh PKPMI-CJ dan KUJ dan sesi fotografi bersama En.Azman.





0 comments: